Oleh : AFEEQA AFEERA
SHAH ALAM : “Orang pertama
yang harus disiasat dan didakwa berhubung isu pendatang asing tanpa izin (PATI)
di Sabah adalah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad,” tegas
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin
(CheguBard).
Beliau berkata demikian
ketika di hubungi TV Selangor berhubung cubaan kerajaaan pusat kononnya mahu
menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah
baru-baru ini.
Katanya, Pakatan Rakyat (PR)
mahu kerajaan pusat bukan sekadar menubuhkan RCI berhubung isu PATI di Sabah
malah di seluruh negara sahaja sekiranya kerajaan ikhlas mahu menangani isu
tersebut secara telus.
Gesaan itu disifatkan wajar
kerana isu pendatang asing turut berlaku di kawasan-kawasan lain seluruh negara
sejak sekian lama.
Menurutnya, perkara itu
sudah menular sejak dari zaman pemerintahan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad yang bertanggungjawab membawa masuk lebih setengah juta
pendatang asing ke Sabah pada era 1980′an lalu untuk menjatuhkan kerajaan PBS,
pimpinan Datuk Pairin Kitingan.
“Saya menyambut baik
penubuhan RCI ke arah untuk menyelesaikan atau penyiasatan terhadap isu kad
pengenalan palsu yang diberikan Tun Dr Mahathir sehingga sekarang. Kerajaan
kononnnya nak tunjukkan sikap prihatin mereka terhadap isu ini di Sabah.
“Dr Mahathir harus menjadi
sasaran utama suruhanjaya ini kerana masalah ini sudah menular sehingga
merosakkan daftar pemilih kita. RCI juga boleh ditubuhkan jika benar-benar mahu
bersihkan pilihan raya untuk ambil hati pengundi,” tegasnya.
Apa yang menjadi keutamaan
katanya, RCI perlu dilaksanakan secara efisyen supaya ia tidak menjadi siasatan
dangkal yang akhirnya gagal membongkarkan siapa yang bersalah.
Jelasnya, ketelusan dalam
melakukan siasatan adalah penting kerana ia membabitkan soal masa depan negara
terutama terhadap generasi muda.
“Bagi saya jelas bahawa RCI
perlu melihat apakah hasil siasatannya. Kita boleh bercakap apa sahaja malah
Tun Dr Mahathir boleh menafikannya, tetapi RCI seharusnya meneliti sehingga
kita boleh membongkarkan siapa sebenarnya yang terlibat serta puncanya. Mesti
ada pihak yang bertanggungjawab kerana isu kad pengenalan adalah masalah yang
tidak pernah selesai,” ujarnya.
Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak semalam mengumumkan kerajaan bersetuju menubuhkan Suruhanjaya
Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani masalah berkaitan pendatang asing tanpa
izin di Sabah.
Beliau berkata, kerajaan
komited untuk menangani isu itu yang menurutnya mampu menjejaskan kesejahteraan
dan keharmonian rakyat Sabah.
jangan dulu ketawa basar bila si najip umum RCI akan ditubuhkan..kita tingu dulu siapa yg akan jadi ketua dia, jadi ahli panel dia..kalau durang lantik si harris salleh atau datu akjan sultan sabah tu yang jadi ketua atau ahli RCI ne ibarat suruh pipit jaga kabun sawah la kejadiannya..
ReplyDeleteIf the panel members are someone like Harris salleh or datu akjan, the people will surely rebel.
Deletepastikan panel yang dilantik adalah mereka yang bebas dari mana2 pihak.
DeleteAgree, panel members should free from any politic party.
DeleteNajib said the RCI will be implemented after the Terms of Reference have been finalized.
ReplyDeleteSooner or later we will have our RCI set up in sabah.
DeletePrompt action must be taken to highlight the PATI issue.
DeleteHope that the RCI will help resolve the illegal immigrant and Project IC in Sabah.
ReplyDeletedgn RCI moga isu PATI dan projek IC dpt diatasi.
ReplyDeleteSiasatan RCI perlu melibatkan pihak luar yang berkecuali kerana dikhuatiri akan berlaku manipulasi jika 'orang sendiri' yang siasat. Jika benar Dr. M gunakan cara sedemikian untuk jatuhkan PBS dahulu, ianya sangat memalukan.
ReplyDeleteSiapakah yang memulakan projek ic? Pihak yang meneruskan projek ini juga harus disiasat.
ReplyDeleteHoping the federal sincere to setup RCI.
ReplyDeletePihak imigresen dan JPN harus juga disiasat.
ReplyDeleteHarapkan RCI berfungsi dengan baik untuk mencari punca masalah PATI dan projek IC.
DeleteTerpulang dengan RCI untuk menyiasat siapa yang terlebih dahulu mengenai pemberian Mykad Palsu ini.
ReplyDeleteRCI harus berfungsi tanpa kawalan mana-mana jabatan atau parti.
ReplyDeleteMereka yang diragui harus juga disiasat termasuk jika Tun Mahathir terlibat juga.
ReplyDeleteYup. sudah pasti. mereka yang meragukan harus disiasat. Jangan ada yang terlepas.
DeleteImplementation also another hard work.
ReplyDeleteSiapakah harimau dibelakang cermin ini?
ReplyDeleteTunggu saja TOR, proses TOR sedang peringkat akhir. Pelaksanaan RCI harus tegas untuk mencapai objektif penubuhan.
ReplyDeletesibuk pula si Badrul Hisham ni.. dia pun mahu jadi hero ka? kenapa dia tidak sebut sekali Anwar? tidak mustahil Anwar juga terlibat memandangkan beliau adalah TPM dan menteri kewangan ketika projek IC ini beroperasi..
ReplyDelete