SOKONGAN....Pasukan
yang mengambil bahagian dalam Karnival Futsal Milo Hidup Bola 2012 menandakan
sokongan terhadap penganjuran karnival tahunan itu di Sabah.
Oleh: KREW SABAHKINI.NET
PASUKAN bawah 12 tahun dari
Sabah mempersoalkan penganjur Karnival Futsal Milo Hidup Bola 2012 yang
melayakkan pasukan dari Sarawak untuk mewakili Sabah ke pertandingan grand
final kategori itu di Kuala Lumpur nanti.
Walaupun pasukan War's
151-B16 menjuarai kategori itu dalam pertandingan di Gelanggang Futsal Suria
yang berakhir kelmarin namun adalah lebih baik pasukan dari Sabah sendiri yang
berpotensi diberi peluang mewakli Sabah.
Berdasarkan keputusan itu
pasukan dari Sarawak itu bersama SK Sembulan akan mewakili negeri ini ke grand
final yang dijadual diadakan di Semenanjung.
"Kita bukan persoalkan
kemenangan mereka, tidak sama sekali tetapi membenarkan pasukan dari Sarawak
untuk mewakili Sabah adalah satu pendekatan yang kurang sesuai," kata
Ahmad, jurucakap pasukan yang bertanding dalam kategori itu.
Beliau mendakwa karnival
yang serupa juga diadakan di Sarawak sebelum ini yang bermakna dua pasukan dari
negeri itu sudah pun layak ke grand final.
Jika satu pasukan lagi
diberi peluang untuk mewakili Sabah, ini bermakna tiga pasukan dari Bumi
Kenyalang akan bertanding di grand final, satu keistimewaan berbanding negeri-negeri
lain.
"Secara rasional
sebaik-baiknya pasukan yang berpotensi dari Sabah seharusnya diberi peluang
beraksi di grand final supaya pemilihan adalah adil bagi pasukan-pasukan yang
bertanding dalam kategori itu," ujar Ahmad yang menyifatkan penganjuran
Karnival Futsal Milo Hidup Bola sebagai langkah baik yang dilakukan Milo.
Penganjur boleh memilih
pasukan yang benar-benar berpotensi sepanjang karnival sehari itu untuk
mewakili Sabah, katanya.
Beliau percaya bahawa
pasukan-pasukan dari Sabah telah memberi sokongan yang sangat memberangsangkan
terhadap karnival itu dan sewajarnya ia dihargai oleh penganjur.
"Saya berharap
pandangan kami tidak disalahtafsirkan dan menyarankan pihak penganjur menyemak
kewajarannya supaya karnival futsal Milo Hidup Bola sentiasa menarik perhatian
pasukan-pasukan dari Sabah," ujar beliau.
It certainly is weird why Sabahans are represented by Team Sarawak during the grand finale?
ReplyDeleteHope that the organizers for this football league will explain why Team Sabah cannot represent the state to play in the KL finals?
ReplyDeleteSabah seharusnya dan pasukan sendiri, tak perlu nak diwakilkan.
ReplyDeleteKalau Sabah menang pun tapi diwakili oleh orang bukan Sabah pasti orang2 Sabah tidak rasa bangga pun
DeletePlease be fair to Sabah.
ReplyDeleteKesuntukan masa ka sampai bakat2 yang ada di seluruh pelusuk Sabah tidak diuji terlebih dahulu. sekarang, Sarawak pula yang jadi wakil.
ReplyDeleteBetul juga..Kalau Sabah yang menang maka biarkan semua wakil dari Sabah yang dipilih. Ini tidak kenapa pula perlu wakil dari Sarawak juga terpilih.
ReplyDeleteMemang patut dipersoalkan. Orang Sabah la yang patut wakil Sabah.
Deletekan bagus jika gabungkan saja pasukan sarawak dan sabah.. mustahil la dalam pasukan sabah tidak ada pemain terbaik..
ReplyDelete