Wednesday 6 June 2012

NGO ANCAM 'PERANG' DENGAN JKM





Oleh : ZULAIKHA ZULKIFLI

SEBUAH NGO kebajikan, Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak) mengancam untuk 'berperang' dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sekiranya tiada tindakan diambil dalam isu anak yatim bekas jagaan jabatan itu yang sehingga kini masih tidak mempunyai MyKad.

Presiden Perbak, Muhammad Khairul Hafiz Abdullah berkata JKM diberi masa sebulan untuk menyelesaikan isu melibatkan anak-anak yatim berusia 18 hingga 32 tahun yang pernah menghuni pusat jagaan jabatan tersebut.

Beliau semalam tampil menyerahkan senarai 20 nama berkenaan kepada JKM di pejabat jabatan tersebut di Putrajaya.

"Kita beri masa sebulan untuk JKM selesaikan 20 senarai nama daripada 1,758 yang ada di bawah Perbak," katanya kepada pemberita selepas bertemu timbalan ketua pengarah operasi JKM, Noraini Mohd Hashim semalam.

Individu berkenaan hanya memegang status pemastautin tetap dan tidak mempunyai taraf kerakyatan sah.
Katanya, Noraini dalam pertemuan tersebut menyatakan bahawa isu berkenaan akan diselesaikan dalam tempoh sebulan, namun Muhammad Khairul tidak mudah berpuas hati dengan jaminan itu.

"Kita akan buat susulan dalam masa dua minggu. Dalam masa dua minggu, JKM perlu selesaikan sekurang-kurangnya 10 nama.

"Jika tidak, kita akan isytihar perang," katanya yang memberi amaran untuk membongkar beberapa isu yang didakwa melibatkan JKM, sekiranya tiada apa-apa tindakan diambil dalam tempoh tersebut.

Tambahnya, Perbak juga akan mengadakan demonstrasi dan menghantar memorandum kepada perdana menteri, yang kini memangku jawatan menteri pembangunan wanita dan keluarga, sekiranya perkara itu masih belum membuahkan hasil.

"Kita tak akan berdiam diri. Perkara ini sudah lama. Saya juga ingin meminta jika ada mana-mana pihak yang mahu hulurkan bantuan tidak kira mana-mana parti bantulah. Kita perlukan bantuan segera," katanya.

Malaysiakini sudah menghubungi bahagian perhubungan korporat JKM untuk komen tetapi masih belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan buat masa ini.

10 comments:

  1. dari main ancam2.. bgs bekerjasama dgn JKM dalam selesaikan isu ini.

    ReplyDelete
  2. Hope that these orphans will get their citizenship, how can the JKM not help them obtained identity cards when these are true Malaysians.

    ReplyDelete
  3. How can they expect to make their way in the world if they didn't have any identification documents?

    ReplyDelete
  4. JKM patut urus semua hal berkaitan anak yatim ni sebab sudah berada di bawah jagaan mereka. kalau bukan mereka siapa lagi yang boleh diharapkan.

    ReplyDelete
  5. Ini akan menyukarkan mereka untuk terus hidup diluar selepas jagaan JKM.

    ReplyDelete
  6. JKM perlu memastikan mereka yang keluar dari jagaan mereka itu mempunyai dokumen yang lengkap dan selamat diluar sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya check DNA boleh tahu status mereka semua.

      Delete
  7. Can't simply give them MyKad if JKM don't know enough their background.

    ReplyDelete
  8. Kalau ada hasil lepas 'perang' ok la juga. kalau kosong sia-sia saja

    ReplyDelete
  9. isytihar perang yang macam mana tu? perkara yang boleh diselesaikan secara aman selesaikan la dengan cara aman dan profesional.. lagipun Noraini sudah bagi maklumbalas bahawa pihaknya akan menyelesaikan masalah itu dalam sebulan..

    ReplyDelete