Oleh : ZULAIKHA ZULKIFLI
SEBUAH NGO kebajikan,
Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak) mengancam untuk 'berperang'
dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sekiranya tiada tindakan diambil
dalam isu anak yatim bekas jagaan jabatan itu yang sehingga kini masih tidak
mempunyai MyKad.
Presiden Perbak, Muhammad
Khairul Hafiz Abdullah berkata JKM diberi masa sebulan untuk menyelesaikan isu
melibatkan anak-anak yatim berusia 18 hingga 32 tahun yang pernah menghuni
pusat jagaan jabatan tersebut.
Beliau semalam tampil
menyerahkan senarai 20 nama berkenaan kepada JKM di pejabat jabatan tersebut di
Putrajaya.
"Kita beri masa sebulan
untuk JKM selesaikan 20 senarai nama daripada 1,758 yang ada di bawah
Perbak," katanya kepada pemberita selepas bertemu timbalan ketua pengarah
operasi JKM, Noraini Mohd Hashim semalam.
Individu berkenaan hanya
memegang status pemastautin tetap dan tidak mempunyai taraf kerakyatan sah.
Katanya, Noraini dalam
pertemuan tersebut menyatakan bahawa isu berkenaan akan diselesaikan dalam
tempoh sebulan, namun Muhammad Khairul tidak mudah berpuas hati dengan jaminan
itu.
"Kita akan buat susulan
dalam masa dua minggu. Dalam masa dua minggu, JKM perlu selesaikan
sekurang-kurangnya 10 nama.
"Jika tidak, kita akan
isytihar perang," katanya yang memberi amaran untuk membongkar beberapa
isu yang didakwa melibatkan JKM, sekiranya tiada apa-apa tindakan diambil dalam
tempoh tersebut.
Tambahnya, Perbak juga akan
mengadakan demonstrasi dan menghantar memorandum kepada perdana menteri, yang
kini memangku jawatan menteri pembangunan wanita dan keluarga, sekiranya
perkara itu masih belum membuahkan hasil.
"Kita tak akan berdiam
diri. Perkara ini sudah lama. Saya juga ingin meminta jika ada mana-mana pihak
yang mahu hulurkan bantuan tidak kira mana-mana parti bantulah. Kita perlukan
bantuan segera," katanya.
Malaysiakini sudah
menghubungi bahagian perhubungan korporat JKM untuk komen tetapi masih belum
ada sebarang kenyataan dikeluarkan buat masa ini.
dari main ancam2.. bgs bekerjasama dgn JKM dalam selesaikan isu ini.
ReplyDeleteHope that these orphans will get their citizenship, how can the JKM not help them obtained identity cards when these are true Malaysians.
ReplyDeleteHow can they expect to make their way in the world if they didn't have any identification documents?
ReplyDeleteJKM patut urus semua hal berkaitan anak yatim ni sebab sudah berada di bawah jagaan mereka. kalau bukan mereka siapa lagi yang boleh diharapkan.
ReplyDeleteIni akan menyukarkan mereka untuk terus hidup diluar selepas jagaan JKM.
ReplyDeleteJKM perlu memastikan mereka yang keluar dari jagaan mereka itu mempunyai dokumen yang lengkap dan selamat diluar sana.
ReplyDeleteRasanya check DNA boleh tahu status mereka semua.
DeleteCan't simply give them MyKad if JKM don't know enough their background.
ReplyDeleteKalau ada hasil lepas 'perang' ok la juga. kalau kosong sia-sia saja
ReplyDeleteisytihar perang yang macam mana tu? perkara yang boleh diselesaikan secara aman selesaikan la dengan cara aman dan profesional.. lagipun Noraini sudah bagi maklumbalas bahawa pihaknya akan menyelesaikan masalah itu dalam sebulan..
ReplyDelete