Wednesday 6 June 2012

JAKIM MAHU DAMPINGI GAY, LESBIAN




JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memandang serius isu lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) dalam kalangan umat Islam di negara ini dan telah mengatur pelbagai program untuk mendekati golongan itu.

Timbalan Ketua Pengarah Jakim (Dasar), Mohamad Nordin Ibrahim berkata isu LGBT merupakan masalah universal yang bukan sahaja melibatkan umat Islam malah penganut agama lain dan memerlukan perhatian daripada pelbagai pihak.

"Bagi Jakim sendiri, kita telah memulakan usaha untuk mendekati mereka terutama golongan transgender.

"Tahun lepas kita berjaya mengadakan enam program mukhayyam (perkhemahan) bersama mak nyah yang menampakkan perkembangan positif sehingga ada kalangan mereka kini mulai mendekati agama termasuk menunaikan umrah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perasmian persidangan Pegawai Tadbir Agama Daerah (PTAD) peringkat kebangsaan yang diadakan sempena majlis Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan ke-55 di Johor Bahru.

Majlis perasmian itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman. Turut hadir Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha.

Mohamad Nordin berkata berdasarkan kesan dan sambutan menggalakkan, Jakim akan terus mengadakan program seumpama itu bagi mendekati golongan tersebut.

Selain itu, beliau berkata institusi keluarga juga perlu memainkan peranan untuk mencegah masalah tersebut daripada terus menjangkiti masyarakat Islam.

"Ini kerana pada masa kini golongan Y terutama kalangan belia berhadapan dengan cabaran di alam maya yang mana mereka terdedah dengan pelbagai maklumat negatif yang boleh mempengaruhi mereka," katanya.

Sementara itu, Othman dalam ucapannya pada majlis itu turut menggesa PTAD agar sama-sama memainkan peranan dalam menangani masalah itu daripada menjadi penyakit kepada masyarakat.

"Semakin hari tugasan kita semakin luas dan mencabar terutama masalah penyelewengan akidah dan kita bertanggungjawab untuk mengelak penularan fahaman ini dengan menanam kekuatan akidah," katanya.

10 comments:

  1. golongan gay dan lesbian ini harus dibimbing untuk kembali ke pangkal jalan.

    ReplyDelete
  2. Pengaruh di kalangan rakan yang tergolong dalam gay dan lesbian juga antara punca makin ramai yang terikut2 dengan budaya macam ni. wajarlah badan seperti JAKIM mendekati mereka dan beri bimbingan supaya golongan ni tidak terus terpesong.

    ReplyDelete
  3. A straight person will not fall for people of the same sex no matter how much influence around them.

    ReplyDelete
  4. I don't know how Jakim is going to reform these LGBT community, care to explain?

    ReplyDelete
  5. Baguslah kalau begitu. JAKIM perlu mengenali mereka ini dengan lebih dekat lagi bagi membantu mereka untuk terus tergolong dengan perkara yang tidak sepatutnya ini.

    ReplyDelete
  6. Nampaknya semua pihak yang agama perlu berkerjasama menangani perkara ini. Lebih banyak kerjasama maka lebih mudah kerja dan pengurusan dibuat nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masyarat perlu memainkan peranan dalam mengawal gejala yang tidak sihat ni

      Delete
  7. These people have identity crisis and they need help.

    ReplyDelete
  8. JAKIM boleh membimbing mereka balik ke pangkal jalan.

    ReplyDelete
  9. malangnya di Malaysia, ada pula pihak yang cuba menggalakkan hubungan songsang ini..

    ReplyDelete