Sunday 3 June 2012

PAS DAN GANAS SELAR UMNO




Oleh : MOHD FIRDAUS BIN MUHAMMAD NOR

PEMUDA PAS Sabah menyelar sikap para pemimpin UMNO di negeri Sabah ini yang mengelirukan rakyat dalam membincangkan Perkara 20 yang hangat dibicarakan ketika ini yang gagal melakukan apa-apa penyelidikan dan berhujah serta bercakaran sesama sendiri tanpa fakta dan asas yang benar.

Pemuda PAS Sabah melihat isu ini sebagai gangguan yang cuba untuk mengalih isu sebenar dalam mengembalikan Perjanjian Malaysia 1963 ke kedudukan yang sebenar dalam konteks yang lebih besar. Pemuda PAS Sabah menegaskan bahawa, isu perkara berbangkit seperti Perkara 20 itu boleh diselesaikan apabila melihat Perjanjian Malaysia 1963 ini.

Justeru, Pemuda PAS Sabah bersama Zainal Ajamain, Gerakan Nasionalis Sabah (GANAS) iaitu sebuah NGO yang menjalankan penyelidikan dan kajian politik semasa yang bertujuan untuk memberi kuasa kepada rakyat Sabah ini memahami perkaitan semasa terutama melibatkan hak dan kewajarannya.

Pemuda PAS Sabah percaya bahawa perjuangan politik di Sabah ini mesti berdasarkan kepada asas-asas yang kukuh dan kuat. Hal ini memandangkan, kekuatan itu adalah perlu bagi meyakinkan dan memberikan keyakinan untuk menghadapi masa depan.

Zainal Ajamain turut menyentuh Perkara 20 itu hanyalah fiksyen imaginasi aktif seseorang. Beliau menegaskan Perkara 20 itu langsung " tidak mempunyai asas undang-undang atau perlembagaan kerana ianya digunakan untuk mobilisasi politik dan bukannya mendesak untuk Hak Perlembagaan. Oleh yang demikian, pemimpin yang mencanangkan Perkara 20 ini adalah hanya untuk tujuan politik dan bukan untuk meminta apa yang sepatutnya berada di Sabah.

Sekiranya Perkara 20 tersebut wujud, maka ia mesti mempunyai rujukan, dokumen atau apa-apa yang mengatakan bahawa ia wujud. Walaupun Perkara 20 yang disebut dalam beberapa artikel, tetapi terdapat kebimbangan setakat mana dokumen asalnya itu adalah masih diselubungi misteri kerana ketiadaan rujukan bibliografi.

Terdapat kemungkinan bahawa asas Perkara 20 tersebut adalah terdiri daripada 14 perkara yang terkandung dalam satu memorandum yang diserahkan oleh United National Kadazan Organization (UNKO) kepada Suruhanjaya Cobbold pada tahun 1962 yang sesetengah orang percaya kemudiannya menjadi 20 perkara.

Walaubagaimanapun, dalam laporan Suruhanjaya Cobbold itu, memorandum yang dihantar UNKO telah dirumuskan menjadi hanya 9 perkara. Oleh itu yang mana satu daripada tiga (3) dokumen berkenaan adalah Perkara 20 yang sebenarnya.?

Zainal menegaskan parti politik daripada kedua-dua belah, harus mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan mengenai Sabah tanpa terlebih dahulu melakukan kajian terperinci.

Jika tidak, kenyataan mereka boleh menunjukkan kebodohan mereka sendiri dan bukannya menjaringkan kelebihan kepada politik. Rakyat Sabah kini lebih cakna terhadap pelbagai isu, terutama dengan limpahan media baru yang semakin berkembang pesat.

11 comments:

  1. Hope that the actual status of the 20 points agreement between Sabah and Malaya can be clarified by the relevant authorities. This must be made clear to the people.

    ReplyDelete
  2. The 20 points agreement is important to the Sabahan because it was written up to protect the welfare and rights of the Sabahans during Malaysia formation.

    ReplyDelete
  3. perkara 20 amat penting bagi Sabah, ia harus diperjuangkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan negeri harus juga memperjuangkan perjanjian 20 perkara untuk semua rakyat di Sabah.

      Delete
  4. semua pihak harus faham mengenai perkara 20 agar tidak timbul kekeliruan.

    ReplyDelete
  5. Semua pun mahu putar belit pasal 20 Perkara untuk survival politik masing2. Berhenti daripada kelirukan rakyat.

    ReplyDelete
  6. first of all, 20 point shall be verified to avoid uncertain and misinterpret.

    ReplyDelete
  7. Tidak hairanlah dengan pembangkang. Memang itulah kerja pembangkang yang akan cuba menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dasar pembangkang akan membangkang apa saja.

      Delete
  8. 20 Points harus sentiasa valid dan relevant kepada Sabah dan rakyat.

    ReplyDelete