SERAH….Jusie
menyerahkan Surat Tawaran Kemasukan UiTM kepada salah seorang bakal pelajar.
Oleh : SHAIMON S JUMADI
KEMISKINAN hidup yang membelenggu
keluarga seseorang bukanlah penghalang kemajuan
untuk mematahkan semangat demi meneruskan
cita-cita untuk belajar sampai ke peringkat
universiti di dalam dan luar negeri.
Pelajar yang cemerlang,
walaupun datangnya daripada golongan keluarga miskin tetapi mempunyai ruang dan
peluang yang meluas untuk melanjutkan pelajaran tinggi selagi mereka ada kemahuan
untuk memajukan diri mereka sendiri.
Kerajaan melalui Kementerian
Pelajaran Malaysia tetap memberi bantuan kepada golongan pelajar yang cemerlang
untuk melanjutnya ke pengajian tinggi sama ada di dalam negara sendiri mahupun
di luar negara.
Ahli Parimen Libaran, Datuk Haji
Juslie Ajirol berkata demikian ketika berucap di majis Penyerahan Surat Tawaran
Kemasukan Ke UiTM cawangan Sabah seramai 35 orang bakal pelajar UiTM yang
dilangsungkan di Dewan Lembaga Hasil Dlam Negeri (LHDN) Sandakan, kelmarin.
KENANGAN….Datuk
Juslie bergambar bersama-sama 35 orang
bakal pelajar UiTM.
"Program yang bertemakan
'Mengubah Destini Anak Bangsa UiTM' itu adalah untuk memberi peluang keemasan
kepada golongan keluarga yang berpendapatan rendah,” ujar Juslie.
Kata Juslie, mereka yang
dibelenggu kepompong kemiskinan tidak patah semangat untuk terus belajar dan mendapat
keputusan yang cemerlang.
"Dalam konteks ini,
saya menyeru kepada ibubapa berilah semangat kepada anak-anak mereka supaya
rajin belajar kerana kerajaan sentiasa membantu mereka yang berjaya dalam
peperiksaan dan mendapat keputusan yang baik. Dari itu rebutlah segala peluang
yang disediakan oleh kerajaan,” tegas Juslie.
“Hanya orang yang mempunyai
ilmu yang tinggi dalam pembelajaran akademik ia boleh mengubah corak kehidupan
yang lebih baik di masa akan datang kerana setelah tamat mengikuti pengajian,
sudah semestinya mereka mendapat gaji yang lumayan apabila dilantik memegang
satu-satu jawatan," ujarnya.
Hope that the program will help more poor students further their studies, hopefully education will help them lift their families out of the poverty cycle.
ReplyDeleteThe government have given scholarship and loans for elite students especially those who come from low income family. This is a good opportunity for them.
ReplyDeleteTanggungjawab kerajaan untuk sediakan kemudahan pendidikan dan rakyat pula kena ambil peluang yang ada untuk majukan diri mereka dengan menimba ilmu sebanyak yang mungkin.
ReplyDeletePelajar miskin pun tidak mustahil dapat pelajaran yang bagus sekarang sebab banyak sudah bantuan yang diberikan oleh kerajaan. biasiswa, pinjaman, baucer buku dan banyak lagi.
ReplyDeleteSegala usaha kerajaan kepada pelajar2 adalah untuk meringan beban keluarga mereka.
DeleteHarap pelajar2 sekarang manfaatkan bantuan yang diberi. pada masa lalu manalah ada bantuan kerajaan yang banyak macam ni. biasiswa pun hanya dapat bila berada di sekolah menengah. itu pun terhad juga. sekarang ni macam2 pula yang ada.
ReplyDeleteMaka bantu anak-anak kita ini untuk meneruskan pendidikkan mereka dengan baik.
ReplyDeleteAda PTPTN guna la sebaik mungkin untuk melanjutkan pelajaran.
ReplyDeletedi negara2 maju, penduduknya terdiri daripada pekerja mahir dan separuh mahir. di Malaysia, penduduknya masih ramai yang terdiri dari pekerja tidak mahir..
ReplyDelete