Saudara
Pengarang,
SEORANG
pengadu telah mengalami kerugian dengan membeli tiket tambahan setelah terlepas
penerbangan serta masa terbuang begitu sahaja pada beberapa hari lepas. Dalam
kejadian tersebut; pengadu memberitahu bahawa semasa tiba di Lapangan terbang
Airasia, pengadu merujuk kepada 'screen' luar di mana pesawat ke Langkawi
(tempat tujuannya) adalah di Pintu 8 dan di 'live screen' Pintu 8 juga
memaparkan maklumat seperti di paparkan pada 'screen' sebelah luar.
Setelah
menunggu selama 2 jam dan tiada pengumuman diberikan, sedangkan penerbangan
akan berlepas sebentar lagi, maka pengadu telah bertanyakan petugas yang
bertugas di kaunter dan beliau amat terkejut kerana kapal yang harus beliau
naiki telah berlepas beberapa minit yang lalu.
Bersama
dengan pengadu adalah beberapa orang penumpang yang turut mengalami kerugian.
Pengadu juga diberitahu oleh petugas kaunter berkenaan bahawa flight tersebut
berlepas melalui Pintu 10.
Apa
yang menghairankan pengadu, tiada sebarang pengumuman penukaran pintu berlepas
dilakukan oleh pihak Airasia dan paparan live screen juga masih menunjukkan
bahawa penerbangan ke Langkawi masih di pintu 8 dan bukannya pintu 10, seperti
yang telah diberitahu oleh petugas kaunter.
Menurut
apa yang saya ketahui, sekiranya penumpang telah mendaftar masuk ke dalam balai
berlepas, nama mereka akan dipanggil sekiranya belum menaiki pesawat dan
mengapa tiada pengumuman dilakukan untuk memanggil mereka yang terlibat.
Jika
sekiranya benar terdapat perubahan pintu masuk dan adanya pengumuman diberikan,
mengapa paparan 'screen' di balai berlepas masih menunjukkan pintu 8 untuk ke Langkawi
beserta nombor flight?
Seharusnya
pihak airasia peka terhadap perkara ini kerana mungkin ada sesetengan penumpang
tidak mendengar pengumuman yang telah diberikan atau tertidur semasa menunggu.
Kesilapan
teknikal seperti ini tidak boleh dimaafkan dan Airasia harus bertanggungjawab.
Perkara ini mungkin tidak menjejaskan perniagaan Air asia kerana mengamalkan
tambang murah, namun kebajikan penumpang juga harus dijaga.
Penumpang
terpaksa mengeluarkan duit lebih yang bukannya murah untuk membeli tiket sekali
lagi, serta masa yang terbuang begitu sahaja untuk menunggu penerbangan yang
seterusnya.
Salam
Hormat,
PENUMPANG
KECEWA
No comments:
Post a Comment