Monday 19 November 2012

ASEAN TOLAK NILAI BARAT, LGBT




           
PEMIMPIN Asean semalam meluluskan Deklarasi Hak Asasi Manusia Asean sebagai komitmen untuk mempertingkat dan melindungi hak asasi manusia di rantau ini. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menandatangai deklarasi itu bagi pihak kerajaan Malaysia di Peace Palace, di Phnom Penh semasa Sidang Kemuncak Asean ke-21. 

Sembilan pemimpin lain Asean turut menandatangani deklarasi. Deklarasi itu, antara lain, melindungi hak rakyat di semua bidang kehidupan meliputi kanak-kanak hingga wanita.

Deklarasi itu adalah antara keputusan penting sidang itu ketika 10 negara anggota bergerak ke arah menubuhkan Komuniti Asean menjelang 2015. 

Bercakap kepada pemberita kemudian, Setiausaha Agung Asean Dr Surin Pitsuwan berkata deklarasi itu adalah sebagai komitmen para pemimpin Asean dalam usaha menggalak dan melindungi hak asasi manusia di rantau ini, yang tidak saja berasaskan cara kita tetapi turut mematuhi standard tertinggi antarabangsa.

Bercakap kepada wartawan Malaysia kemudian, Najib berkata 12 ciri pada prinsip deklarasi adalah lebih baik dan lengkap berbanding norma-norma hak asasi manusia antarabangsa.

Beliau diminta mengulas mengenai kritikan dan penolakan deklarasi oleh beberapa kumpulan hak asasi manusia yang mendakwa ia tidak memenuhi standard hak asasi manusia antarabangsa.

"Kita mempunyai norma-norma dan nilai-nilai kita sendiri," kata Najib dan menambah bahawa Asean menolak nilai-nilai barat mengenai lesbian, gay, bi-seksual dan transeksual (LGBT).

"Kami menolak LGBT tetapi ia tidak menjejas hak asasi manusia rantau ini," kata Najib. (Bernama)

32 comments:

  1. kalau nilai barat yang tidak baik, baik ditolak.

    ReplyDelete
  2. Banyak nilai barat yang harus ditolak terutamanya norma-norma social mereka.

    ReplyDelete
  3. BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH

    ReplyDelete
  4. Kemajuan sains dan teknologi Barat boleh dipelajari kerana padanya terdapat manfaat. Isu pengklonan, teknologi nano, teknologi robotik, stem-sel boleh dipelajari asal saja dikaitkan dengan etika penggunaannya. Teknologi maya dan siber umpamanya adalah berguna tetapi berlaku juga salahguna yang menyebabkan kemudharatan berlaku.

    ReplyDelete
  5. Budaya popular Barat umpamanya tidak harus menjadi sumber ikutan kita. Pemahaman mengenai faham liberal, neo-liberal yang terkait dengan hak asasi manusia yang ditakrifkan tanpa mengambil kira faktor agama dan kesusilaan hidup yang fitrah harus ditol

    ReplyDelete
  6. Secara nyata dan secara sah, Anwar mengatakan undang-undang anti liwat adalah undang-undang lapok dan perlu dimansuhkan kerana undang-undang itu telah menyebabkan rahsia seksualitinya didedahkan bersama-sama bukti dan fakta di mahkamah.

    ReplyDelete
  7. pemimpin PKR berkenaan mula memperkatakan tentang hukum syarak dan Islam dalam usaha membela Anwar Ibrahim. Dan yang paling menarik ialah apabila pemimpin PKR itu cuba 'memintal fitnah' dengan mengatakan maksud Anwar ialah 'hukuman yang tidak berlandaskan syarak'.

    ReplyDelete
  8. Dah memang elok sangatlah Anwar Ibrahim menjadi Penasihat Ekonomi Negeri Selangor sungguhpun Anwar Ibrahim adalah si baghal yang tidak dapat membezakan warna hijau dengan warna perang.

    Mungkin untuk mengambil hati Anwar Ibrahim atau Anwar Ibrahim sendiri yang mengesyorkan agar pusat-pusat gay diwujudkan di Selangor, penggemar seks songsang itu sudah boleh menikmatinya di Selangor.

    ReplyDelete
  9. tidak hairanlah bagaimana Pakatan Rakyat Selangor, khususnya PKR begitu bersungguh-sungguh cuba mendoktrin minda rakyat Selangor agar menerima budaya LGBT dengan dada terbuka.

    ReplyDelete
  10. Selain Selangor, pusat-pusat gay turut banyak terdapat di Pulau Pinang.

    Pendedahan tentang kewujudan pusat-pusat gay, sememangnya akan cuba dinafikan oleh Pakatan Rakyat sambil menganggap ini adalah FITNAH UMNO atau paling tidak pun, akan mengatakan ini adalah kes-kes terpencil.

    ReplyDelete
  11. Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam mahu negara Islam di rantau Arab serta Malaysia terus bergabung tenaga serta suara menyampaikan mesej penentangan terhadap aktiviti songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di peringkat antarabangsa.

    ReplyDelete
  12. Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) serta Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang menyokong sepenuhnya pendirian itu menegaskan, menjadi kewajipan kepada setiap negara Islam menunjukkan penentangan terhadap aktiviti jijik tersebut kerana ia jelas bertentangan dengan syariat serta fitrah manusia.

    ReplyDelete
  13. Presiden Isma, Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, kempen liberalisasi termasuk usaha 'menghalalkan' perbuatan LGBT perlu ditentang habis-habisan semua negara Islam termasuk di rantau Arab dan Malaysia.

    ReplyDelete
  14. "Kita tidak mahu perbuatan LGBT ini menjadi nilai dominan dalam masyarakat Islam. Usaha untuk menyebarkan aktiviti songsang ini perlu dihalang dan ditentang," katanya

    ReplyDelete
  15. "Tindakan memaksa budaya sesebuah bangsa disebarkan kepada bangsa lain lambat-laun akan mencetuskan ketegangan sekali gus merosakkan keharmonian hubungan antara mereka," ujarnya.

    ReplyDelete
  16. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan Umno akan sentiasa memperjuang dan mempertahankan Islam dan menentang sekeras-kerasnya mereka yang mendukung fahaman pluralisme mahupun liberalisme.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Presiden Umno berkata kedudukan Islam akan terus dipertahan seperti mana termaktub di dalam Perlembagaan parti dan sesuai dengan kedudukannya sebagai Agama Persekutuan.

      Delete
    2. "Ingin ditegaskan di sini, tanpa ragu-ragu lagi bahawa Umno komited bagi terus mempertinggi Islam berteraskan maqasid syariah, demi memelihara agama, nyawa, harta benda, akal, maruah dan keturunan.

      Delete
    3. "Di atas pentas perhimpunan ini juga, kita mahu menyatakan tanpa berbasi-basi lagi bahawa kita menentang sekeras-kerasnya mereka yang mendukung fahaman pluralisme mahupun liberalisme," katanya ketika menyampaikan ucapan

      Delete
    4. dasar Presiden bertemakan ''Kepimpinan Transformatif Menuju Wawasan Nasional'' sempena perasmian Perhimpunan Agung Umno 2012 di sini, hari ini.

      Delete
    5. Berucap di hadapan 2,759 anggota perwakilan yang memenuhi Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Najib turut menolak keras dakwaan sesetengah pihak bahawa Umno parti nasionalis yang sekular.

      Delete
    6. Menyifatkan tuduhan itu ''amatlah tersasar'', Najib berkata selama ini Umnolah yang membolehkan Islam diamalkan sebagai cara hidup yang syumul di negara ini di sebalik kepelbagaian Malaysia sebagai sebuah negara berbilang etik, budaya dan agama.

      Delete
    7. Najib berkata banyak telah dilakukan oleh Umno dalam memastikan kelangsungan Islam di negara ini yang menyaksikan syiar Islam bukan terbatas di bidang ibadah sahaja bahkan merangkumi lapangan munakahat, muamalah dan jinayah.

      Delete
    8. Katanya penubuhan Lembaga Urusan Tabung Haji membolehkan umat Islam menabung dan mengerjakan ibadah haji secara sistematik, khidmat perbankan dan kewangan Islam diperluas, malah Malaysia yang diiktiraf sebagai negara Islam contoh turut menyumbang kepada kesejahteraan di seluruh dunia menerusi pasukan pengaman, pemerhati dan perubatan yang dihantar ke negara Islam berkonflik seperti Bosnia, Somalia, Lubnan dan Afganistan.

      Delete
    9. Malaysia juga, katanya komited untuk mendapatkan keadilan bagi rakyat Palestin, malah mungkin menjadi negara pertama membuka kedutaan di ibu kota Palestin yang merdeka dan berdaulat kelak.

      Delete
    10. "Merujuk semua itu, janganlah sumbangan kepada Islam diukur hanya dengan tahap retorik dan kuatnya bunyi pekikan slogan semata-mata, sedangkan sumbangan sebenar serta isi kandungannya tidak seberapa," katanya.



      Delete
    11. Sinis menempelak sikap pembangkang yang mendoakan kecelakaan Umno, Najib berkata Umno tidak rela untuk memecahbelahkan perpaduan umat Islam dan tidak sekali-kali akan mencaci atau menista saudara seagama seperti yang dilakukan parti lawan.

      Delete
    12. "Jadi kita ingin berpesan cukup-cukuplah cuba memperdaya rakyat. Suatu ketika dahulu Umno dituduh kafir melalui amanat Tuan Guru (Datuk Seri Hadi Awang)...Umno dicap kafir kerana bekerjasama dengan rakyat Malaysia yang tidak beragama Islam, kononnya tidak menyokong penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hudud," katanya.

      Delete
    13. Kesan amanat pada 1981 itu menurut Najib bukan sahaja telah memecahkan perpaduan, tetapi menanam benih-benih kebencian di kalangan sesama Islam.

      Delete
    14. Bagaimanapun, kata Najib, di sebalik tohmahan dan propaganda jahat pembangkang yang diasak kepada Umno, perjuangan parti itu dalam memartabatkan Islam di Malaysia dan seantero dunia tetap menyinar dan dipersadakan.

      Delete
    15. Malah terbaru, Malaysia diletakkan di tempat kelima teratas dalam pematuhan Indeks Syariah Malaysia yang dikendali sekumpulan ulama antarabangsa, kata Najib.

      Delete