TINDAKAN PAS yang mendoakan
kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN) mendapat restu Mursyidul Am PAS Datuk
Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bertegas tindakan membaca doa sedemikian tidak
salah dan dibolehkan dalam Islam.
Nik Abdul Aziz berkata doa
seperti itu boleh dibacakan kerana mendakwa Umno sendiri telah memperlekehkan
Islam selama ini.
"Tak salah doa macam
itu. Umno pun dah tolak Islam, nak mulia di mana lagi," katanya ringkas
sewaktu ditemui pemberita pada akhir Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-58 di Kota
Bharu hari ini.
Beliau mengulas tindakan PAS
yang mengadakan solat hajat dan berdoa supaya Umno hancur, di Stadium Sultan
Muhammad IV pada Jumaat malam lepas yang dipimpin adik kepada Mursyidul Am PAS
itu, Nik Razi Nik Mat sempena perhimpunan anjuran parti pembangkang itu
Antara kandungan doa itu
ialah meminta Umno dan BN dijahanamkan seperti Firaun ditenggelamkan ke laut,
Qarun ditelan bumi dan Namrud serta Abu Lahab dilaknati dan dipermudahkan
pembangkang.
Doa itu juga memohon supaya
pembangkang mendapat jalan mudah ke Putrajaya dalam pilihan raya umum akan
datang.
Nik Abdul Aziz yang agak
emosional ketika diasak pertanyaan wartawan, menyifatkan Umno sebuah parti yang
telah murtad kerana menolak hukum Islam.
Sementara itu, Presiden PAS
Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang ditemui
berkata doa itu boleh dibacakan ketika merasa diri dizalimi.
Bila ditanya kenapa pada
malam itu tidak dibacakan doa agar Allah SWT menyelamatkan umat Islam yang
tertindas di Palestin dan Syria serta etnik Rohingya, Abdul Hadi berkata doa
itu sering dibacakan pada majlis-majlis keagamaan lain termasuk khutbah Jumaat.
(Bernama)
No comments:
Post a Comment