Monday 19 November 2012

BULETIN PENTING UNTUK LUAR BANDAR





SOKONG….Alen menyokong saranan penerbitan Buletin Sabahkini.net untuk warga pedalaman Sabah yang tidak mempunyai capaian internet.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

PENERBITAN Buletin Sabahkini.Net seperti yang dicadangkan oleh seorang pengamal media alam maya, Juhari Kadir seperti yang tersiar di Sabahkini Net bertajuk 'Portal Sabahkini.Net Ke Buletin' pada 17 November 2012 lalu mendapat perhatian oleh beberapa orang peminat setia Sabahkini.Net.

"Saya amat bersetuju kalau Sabahkini.Net menerbitkan surat khabar seperti yang dimaksudkan itu kerana semakin hari semakin ramai peminat Sabahkini.Net. Malangnya capaian agak terhad dan kami terpaksa cetak dan fotokopi untuk diagehkan kepada penduduk kampung di luar bandar," kata  Ramlen @ Alen Jinula, 25, seorang penduduk Taman Mesra, Blok 17, Sandakan.

Menurut Alen, beliau tidak pernah ketinggalan mengikuti perkembangan Sabahkini.Net setiap hari tetapi amat malang kerana capaian internet yang rendah di Kampung Tanpa Wayar dan Kampung berwayar menyebabkan ramai pembaca tidak dapat mengikuti pendedahan Sabahkini.net.

“Buka sahaja mata diawal pagi,  terus buka Laptop. Pertama yang  saya layari ialah laman Web Sabahkini.Net untuk mencari berita-berita sensasi dan panas terutama sekali di daerah Sandakan dan seluruh pelusuk  negara ini dan membuat ulasan,” Kata Alen.

Katanya, dengan terbitnya Buletin tersebut, masalah buta IT/ICT tidak menghalang capaian berita di kalangan rakyat berpendapatan rendah kerana mereka juga berhak mengetahui apa yang berlaku di negeri mereka sekalipun dinafikan capaian internet.

"Terus terang saya katakan bahawa warga Sabah kagum dengan pendedahan Sabahkini.net yang tidak berat sebelah dan pembaca boleh membuat ulasan atau memberi pendapat tanpa sebarang tapisan," ujar Alen yang menggesa agar Sabahkini.net terus menyokong BoG iaitu tiada tapisan terhadap internet bagi memupuk perkembangan minda masyarakat tanpa sekatan.

Tegas Alen, tahap kebebasan akhbar di Sabah masih terlalu rendah dan sering berlaku 'Black-Out' terhadap berita penting yang amat berguna untuk pertimbangan rakyat sehingga rakyat terpaksa bergantung penuh kepada Facebook, Twitter dan media alternatif.

Sehubungan itu, Alen berharap agar cadangan penerbitan Buletin Sabahkini.net menjadi kenyataan di suatu hari nanti, terutama menjelang PRU-13 agar rakyat dapat membuat keputusan bijaksana lagi saksama.

6 comments:

  1. bgs juga jika ada buletin Sabah kini. jadi Sabah kini akan lebih dikenali dan penduduk dpt maklumat.

    ReplyDelete
  2. Teruskan usaha sabahkini.net untuk membekalkan maklumat isu semasa kepada warga sabah

    ReplyDelete
  3. Sabahkini adalah saluran rakyat Sabah kemukakan isu mereka.

    ReplyDelete
  4. Teruskan usaha Sabahkini untuk menyiarkan isu2 semasa untuk pembaca

    ReplyDelete
  5. Perkukuhkan dulu kewangan Sabahkini..

    ReplyDelete
  6. Penerbitan buletin untuk Sabahkini sangat bagus tapi lagi bagu lagi kalau liputan internet kawasan luar bandar dapat diperbaiki supaya mereka dapat melayari berita yang disiarkan lebih mudah.

    ReplyDelete