SOKONG….Alen
menyokong saranan penerbitan Buletin Sabahkini.net untuk warga pedalaman Sabah
yang tidak mempunyai capaian internet.
Oleh
: SHAIMON S JUMADI
PENERBITAN Buletin Sabahkini.Net
seperti yang dicadangkan oleh seorang pengamal media alam maya, Juhari Kadir
seperti yang tersiar di Sabahkini Net bertajuk 'Portal Sabahkini.Net Ke Buletin'
pada 17 November 2012 lalu mendapat perhatian oleh beberapa orang peminat setia
Sabahkini.Net.
"Saya amat bersetuju
kalau Sabahkini.Net menerbitkan surat khabar seperti yang dimaksudkan itu
kerana semakin hari semakin ramai peminat Sabahkini.Net. Malangnya capaian agak
terhad dan kami terpaksa cetak dan fotokopi untuk diagehkan kepada penduduk
kampung di luar bandar," kata Ramlen
@ Alen Jinula, 25, seorang penduduk Taman Mesra, Blok 17, Sandakan.
Menurut Alen, beliau tidak
pernah ketinggalan mengikuti perkembangan Sabahkini.Net setiap hari tetapi amat
malang kerana capaian internet yang rendah di Kampung Tanpa Wayar dan Kampung
berwayar menyebabkan ramai pembaca tidak dapat mengikuti pendedahan
Sabahkini.net.
“Buka sahaja mata diawal
pagi, terus buka Laptop. Pertama
yang saya layari ialah laman Web
Sabahkini.Net untuk mencari berita-berita sensasi dan panas terutama sekali di
daerah Sandakan dan seluruh pelusuk
negara ini dan membuat ulasan,” Kata Alen.
Katanya, dengan terbitnya Buletin
tersebut, masalah buta IT/ICT tidak menghalang capaian berita di kalangan
rakyat berpendapatan rendah kerana mereka juga berhak mengetahui apa yang
berlaku di negeri mereka sekalipun dinafikan capaian internet.
"Terus terang saya
katakan bahawa warga Sabah kagum dengan pendedahan Sabahkini.net yang tidak
berat sebelah dan pembaca boleh membuat ulasan atau memberi pendapat tanpa
sebarang tapisan," ujar Alen yang menggesa agar Sabahkini.net terus
menyokong BoG iaitu tiada tapisan terhadap internet bagi memupuk perkembangan minda
masyarakat tanpa sekatan.
Tegas Alen, tahap kebebasan
akhbar di Sabah masih terlalu rendah dan sering berlaku 'Black-Out' terhadap
berita penting yang amat berguna untuk pertimbangan rakyat sehingga rakyat
terpaksa bergantung penuh kepada Facebook, Twitter dan media alternatif.
Sehubungan itu, Alen berharap
agar cadangan penerbitan Buletin Sabahkini.net menjadi kenyataan di suatu hari
nanti, terutama menjelang PRU-13 agar rakyat dapat membuat keputusan bijaksana
lagi saksama.
bgs juga jika ada buletin Sabah kini. jadi Sabah kini akan lebih dikenali dan penduduk dpt maklumat.
ReplyDeleteTeruskan usaha sabahkini.net untuk membekalkan maklumat isu semasa kepada warga sabah
ReplyDeleteSabahkini adalah saluran rakyat Sabah kemukakan isu mereka.
ReplyDeleteTeruskan usaha Sabahkini untuk menyiarkan isu2 semasa untuk pembaca
ReplyDeletePerkukuhkan dulu kewangan Sabahkini..
ReplyDeletePenerbitan buletin untuk Sabahkini sangat bagus tapi lagi bagu lagi kalau liputan internet kawasan luar bandar dapat diperbaiki supaya mereka dapat melayari berita yang disiarkan lebih mudah.
ReplyDelete