Wednesday 7 November 2012

BUNG CAKAP TIDAK SERUPA BIKIN?





Saudara Pengarang,

SAYA tujukan surat terbuka ini kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar seraya menggesa agar janganlah mencampur aduk topik semasa perbahasan di parlimen kepada perkara yang remeh temeh seperti gaya burung tiung atau burung kakak tua.

Fikirkanlah cara untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat di kawasan Parlimen Kinabatangan yang majoritinya hidup di bawah paras kemiskinan, apatah lagi jumpah PATI lebih ramai daripada rakyat tempatan. Janganlah asyik menyampuk ketika Ahli Parlimen lain sedang berucap. Kemukakanlah usul dan pandangan yang bernas untuk membangunkan kawasan sendiri.

Selama beliau menjadi Ahli Parlimen Kinabatangan, tidak nampak sebarang pembangunan dan cadangan yang boleh meningkatkan keadaan hidup masyarakat di kawasan parlimen beliau; malah berkelakuan seperti orang Utan di Sepilok yang bukan sahaja syok sendiri, malah kertas kerja pun tidak pandai buat. Malanglah kami jika Perdana Menteri terus mencalonkan beliau kerana kami merasakan rugi mengundi beliau selama ini.

Salam Hormat,

ABDULL MUHAMAD KIFLI

No comments:

Post a Comment