KUALA LUMPUR : Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada Barack
Obama kerana dipilih semula sebagai Presiden Amerika Syarikat.
“Dengan kemenangannya dalam
pilihan raya bersejarah ini, Presiden itu mempunyai peluang yang unik untuk
merealisasikan visinya untuk Amerika Syarikat,” katanya dalam satu kenyataan
yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Najib berharap Obama akan
meneruskan usahanya memupuk persefahaman dan hormat menghormati antara Amerika
dan umat Islam di seluruh dunia.
“Ramai rakyat Malaysia
mengikuti dengan penuh minat kempen pilihan raya Presiden dan sebagai sebuah
negara Islam sederhana, Malaysia sentiasa bersedia membantu Amerika, kerana ia
mahu lebih melibatkan diri dengan mereka yang beragama Islam,” katanya.
Najib juga berkata beliau
berasa bangga berjumpa dengan Presiden itu semasa penggal pertamanya dan “kami
berikrar untuk membangunkan perkongsian yang semakin meningkat antara kedua
buah negara”.
“Hubungan ini semakin kukuh
dan saya berharap ia akan berterusan pada masa depan agar kami dapat
mengekalkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau kepada rakyat,” katanya.
(Bernama)
MENANG....Presiden
Obama dengan isteri Michelle dan anak-anak perempuan Malia (kanan) dan Sasha
pada perhimpunan kemenangan pilihan raya Presiden di Chicago, 7 Nov 2012.
No comments:
Post a Comment