Tuesday, 6 November 2012

HUDUD TERMAKTUB SEBELUM MALAYSIA!





Oleh : FAIZAL OKADAU

"HUDUD telah termaktub lama sebelum wujudnya negara bernama Malaysia. Hudud adalah ciptaan Allah dan ia bukan barangan yang boleh dijadikan bahan tawar menawar untuk mencapai sesuatu matlamat," demikian tegas Hj. Hamzah dalam reaksinya terhadap kenyataan Presiden UPKO, merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Malaysia, Datuk Bernard Dompok, sebagaimana yang tersiar dalam akhbar kelmarin.

Dompok telah mempertikaikan usaha PAS untuk melaksanakan Hudud dan menyifatkan usaha PAS itu sebagai melanggar syarat perjanjian pembentukan negara Malaysia serta bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan jika ingin diteruskan juga.

Dalam konteks ini, Hj. Hamzah menyangkal fakta Datuk Bernard dan menyifatkannya sebagai tidak rasional.

"Keutamaan PAS Sabah bukan soal hudud, tetapi prioritas PAS ialah memberikan keadilan dengan mengembalikan segala hak asasi rakyat Sabah yang telah dirampas dan dinafikan oleh UMNO/BN. Itu saya kena tekankan terlebih dahulu. Memperjuangkan keadilan itu juga adalah sebahagian dari prinsip Islam, tetapi itu tidak bermakna yang kami boleh duduk membisu jika syariat agama kami diperlekeh oleh mana-mana individu," tegas Hj. Hamzah dengan nada serius.

Beliau seterusnya menambah, "adalah amat malang sekali kerana para pemimpin komponen BN semacam menjadikan satu trend untuk membelasah dan menghina 'Islam' ketika merasmikan sesuatu agenda parti mereka."

"Beberapa hari lepas, Presiden MCA menghina Islam ketika menyampaikan ucapan dasar dalam Mesyuarat Agung Tahunan MCA, kini giliran Datuk Bernard Dompok pula menghina Islam dalam ucapannya ketika meresmikan konvensyen UPKO di Kota Kinabalu pada Ahad lalu. Apakah lepas ini akan tiba pula giliran PBS, PBRS dan seterusnya parti-parti komponen BN yang lain?" soal beliau dengan nada kesal.

"Kalau Dompok berhujjah soal Perlembagaan Persekutuan yang menghalang usaha PAS itu, maka saya nasihatkan Datuk Bernard supaya merujuk Perlembagaan Persekutuan Artikel 3 (1) dan (2) serta Artikel 11 (1) yang secara jelas menyebut bahawa "tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dengan bebas".

Artikel ini secara tegas memberi isyarat bahawa bagi mana-mana orang Islam, yang mengaku beriman, mengamalkan syariat agama itu adalah tidak terlarang, tegas Hj. Hamzah.

"Oleh kerana syariat hudud itu adalah wajib ke atas orang beriman, maka "menolaknya hanya menjadikan seseorang itu terjerumus ke dalam kesesatan yang nyata (al ahzab:36)", demikian peringatan yang dibuat oleh Hj. Hamzah kepada setiap umat Islam yang mengaku beriman dengan ajaran Islam.

Dompok juga menyebut kes penolakan ke atas Hudud oleh Tun Dr. Mahathir yang menyifatkan Hudud itu sebagai tidak adil. Beliau memetik contoh yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir di mana jika terdapat dua orang; seorang Muslim dan seorang Kristian - melakukan jenayah, orang Kristian tersebut akan dibebaskan sementara orang Islam akan dipotong tangannya.

Hj Hamzah membalas logik ini dengan menyatakan, "bukankah Dompok sendiri mengakui, dengan beliau berpegang kepada logik ini, bahawa orang bukan Islam tidak tertakluk kepada Undang-Undang Syariah?"

Jadi, kalau demikianlah halnya, soal Haji Hamzah, mengapa pula Dompok mesti menyibuk soal hudud yang merupakan hal rumahtangga orang Muslim?

"Kenapa Dompok tidak menentang hukuman gantung sampai mati ke atas kesalahan mengedar dadah dan juga hukuman sebat ke atas pesalah jenayah rogol? Hukum gantung sampai mati itu lebih kejam dan tidak bertamaddun, sementara hukuman sebat itu mempunyai unsur-unsur hukuman hudud juga," tanya beliau selanjutnya.

Hj. Hamzah selanjutnya menasihatkan pihak tertentu agar tidak mencampuri urusan umat Islam kerana mereka tiada kena mengena dengannya.

"Hormatilah hak kami dan agama kami, sebagaimana kami juga tidak pernah mencampuri urusan agama orang bukan Islam", pinta Hj. Hamzah dengan nada merayu.

16 comments:

  1. DAP sejak lama dulu diketahui ramai agak konsisten dan keras pendiriannya terhadap Islam serta orang Melayu, bagi mereka negara ini perlu ditadbir samarata tanpa melebihkan kaum atau agama tertentu, walau hakikatnya DAP sendiri pun tidak pernahpun berlaku adil dan samarata terhadap orang Melayu Islam.

    ReplyDelete
  2. Menyedari isu hudud PAS merupakan api dalam sekam dalam hubungan DAP dengan PAS serta banyak mempengaruhi corak pengundian orang Cina, sejak akhir-akhir ini MCA kelihatan cuba menandingi DAP dalam isu hudud.

    ReplyDelete
  3. Pendirian DAP dalam isu hudud dan negara Islam amat jelas, mereka menolaknya secara total, tiada dolak dalih hatta pernah satu ketika Pengerusi DAP Pusat, Karpal Singh secara terbuka mencabar PAS melangkah mayatnya dahulu dalam isu menegakkan negara Islam.

    ReplyDelete
  4. Penasihat DAP Pusat iaitu Lim Kit Siang pula secara terbuka tetap tegas menolak pelaksanaan hudud PAS, tidak pernah berubah sama seperti pendiriannya yang cukup keras membangkang polisi hak keistimewaan untuk orang Melayu Islam dan Bumiputera.

    ReplyDelete
  5. "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," kenyataan Nik Aziz ini direkodkan pada 12 Ogos 2009, kira-kira tiga tahun dahulu.

    ReplyDelete
  6. Hudud will causes more negative impact.

    ReplyDelete
  7. This is very sensitive issue. Its got to be handle tactfully.

    ReplyDelete
  8. jgn permainkan isu ini, jika nak laksanakan kena serius.

    ReplyDelete
  9. Pertarungan antara dua parti Cina, MCA dan DAP berhubung isu hudud PAS kelihatannya tidak akan menemui titik noktah.Masing-masing tegas dengan dengan pendirian menolak perlaksanaan hudud PAS.Bagaimanapun,diantara kedua-dua parti itu,MCA telahpun mengumumkan pendirian rasmi mereka untuk menerima hudud versi PAS seandainya itu adalah kehendak majoriti.Namun seperti yang dijangka ramai pihak,DAP selaku abang besar dalam pakatan pembangkang sehingga kini tegas untuk tidak sesekali mengikrarkan perlaksanaan hukum hudud sebagai agenda PR.

    ReplyDelete
  10. Tuntutan dan cabaran Presiden MCA,Chua Soi Lek supaya DAP dan PAS bersepakat memasukkan perlaksanaan hudud PAS dalam manisfesto PR sebaliknya dianggap pula sebagai batu api yang bertujuan untuk mengeruhkan hubungan kedua-dua parti itu.Malah DAP berpendirian cabaran Soi Lek berkaitan isu hudud PAS hanya akan membuang masa mereka sahaja jika dituruti tuntutan tersebut.

    ReplyDelete
  11. Buang masa ??? Biar betul ??? Itulah yang ditegaskan sendiri oleh Timbalan Pengerusi DAP,Tan Seng Giaw ketika mengulas cabaran Presiden MCA dan beliau juga turut menemplak Soi Lek kononnya MCA sendiri pun tidak jelas pendiriannya berkaitan isu perlaksanaan hudud PAS.

    ReplyDelete
  12. Padahal, awal minggu ini Soi Lek telah mengumumkan pendirian MCA yang bersedia menerima hudud versi PAS sekiranya ia dipersetujui majoriti pengundi.JelasDAP terperangkap dengan langkah MCA itu dan kini terpaksa terus berdolak dalik dalam isu ini.Selain itu,peringatan Seng Giaw supaya Soi Lek berhenti bercakap mengenai isu hudud atas alasan ia tidak layak diperkatakan oleh MCA,juga sebenarnya patut digunapakai sama oleh pemimpin DAP.

    ReplyDelete
  13. Jika MCA tidak layak membicarakan perihal hudud PAS,apa pula hak untuk pemimpin DAP mengkritik dan memaksa PAS tunduk pada tekanan DAP berkaitan pendirian parti cauvinis Cina itu yang menolak hudud PAS ??? rakyat malaysia tidak pernah lupa,Lim Kit Siang selaku Penasihat DAP telah mengumumkan penolakannya terhadap perlaksanaan hudud dengan alasan isu tersebut tidak termasuk dalam persetujuan bersama melibatkan DAP, PKR dan PAS dalam PR.

    ReplyDelete
  14. Kenyataan Kit Siang itu pula disokong oleh anaknya,Lim Guan Eng yang menagaskan pendirian DAP selama ini adalah konsisten dan tidak pernah berubah apabila menolak perlaksanaan hudud dan penubuhan negara Islam ala PAS.dasar PR kini sepenuhnya bersandarkan Buku Jingga yang langsung tidak meletakkan janji perlaksanaan hudud PAS sebagai agenda mereka.

    ReplyDelete
  15. Itu satu lagi bukti nyata pendirian sebulat suara PR yang telah PAS terima hakikatnya.Bila sudah begitu,maka betullah isu hudud hanya membuang masa pemimpin PR,disebabkan keputusan sebenar pendirian PR dalam isu ini sudah muktamad yakni tiada tempat dan ruang untuk perlaksanaan hudud PAS.Lagipun selepas kenyataan Timbalan Presiden PAS berkaitan usul pindaan perlembagaan disiarkan dalam akhbar Sin Chew Daily tempohari,Mat Sabu kemudiannya tampil mengesahkan soal perlaksanaan hudud tidak timbul sekalipun jika PR diberi peluang memerintah negara ini.

    ReplyDelete