Sunday 18 November 2012

KRISIS AIR DI SEMPORNA MERUNCING





Saudara Pengarang,

SEMPORNA tidaklah seindah namanya. Ini bermakna masih banyak kekurangan infrastruktur yang dialami oleh daerah ini yang sewajarnya diambil perhatian oleh wakil rakyat yang telah diberi mandat oleh seluruh warga daerah Semporna, terutamanya Datuk Seri Panglima Shafie Afdal selaku Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang semestinya mempunyai banyak peruntukan kewangan.

Namun apa yang menyedihkan, percayakah rakyat Sabah bahawa masih ada kampung-kampung di daerah Semporna ini yang tidak ada bekalan air bersih.

Contoh yang paling jelas ialah Kampung Tampi-Tampi, Kampung Kabogan dan kampung yang terletak di sekitarnya, walhal kedudukan kampung-kampung ini tidaklah berapa jauh dari pekan Semporna.

Manakala di kampung Bugaya dan sekitarnya terpaksa menjalani catuan dua dan hanya mendapat air dua kali seminggu iaitu hari Rabu dan Sabtu, itu pun sekadar 5 jam sehari.

Bayangkan, apalah sangat dua kali seminggu dan hanya lima jam sehari? Senario ini bukannya perkara baru dan catuan ini sudahpun berkali-kali diajukan kepada Jabatan Air Semporna, namun 1001 alasan yang diberikan.

Apa yang menyedihkan lagi, penduduk tempatan terpaksa membeli bekalan air bersih dari pihak kontraktor yang kononnya telah dilantik oleh Jabatan Air Semporna dan dikhabarkan kontraktor ini bukannya penduduk tempatan (sejauh mana kebenarannya hanya Jabatan Air Semporna yang tahu).

Adakah ini tidak menyedihkan? Persoalannya sampai bila keadaan ini akan berakhir? Adakah menunggu kerajaan baru atau fenomena ini terus membelenggu masyarakat daerah Semporna terutama masyarakat yang tinggal di kampung yang dinyatakan tadi.

Logik akal, keadaan ini tidak mungkin berlaku di daerah Semporna kerana daerah Semporna mempunyai empat orang wakil rakyat yang diketuai oleh Datuk Shafie Afdal selaku Naib Presiden Umno merangkap Merangkap Menteri KKLW; Datuk Hj Nasir Tun Sakaran, Datuk Ramlee Marhaban dan Datuk Hj Herman Mohammad.

Apa yang diharapkan, agar semua wakil rakyat ini mengambil tindakan dengan segera demi keselesaan masyarakat daerah Semporna atau akan dihukum oleh rakyat pada PRU-13 nanti?

Salam Hormat,

PENGUNDI ATAS PAGAR

11 comments:

  1. masalah bekalan air ini haruslah diselesaikan segera.

    ReplyDelete
  2. wakil rakyat semporna harus jalankan peranannya dgn baik.

    ReplyDelete
  3. bekalan air paip perlu bagi kemudahan penduduk.

    ReplyDelete
  4. The Water treatment project in Agudon, which gets its river supply from Ulu Penampang, is expected to be completed by year end

    ReplyDelete
  5. The project which costs RM34m can process 8 millions litres a day to accommodate 12,000 users

    ReplyDelete
  6. 45 million litres of water is used on a daily basis

    ReplyDelete
  7. Touching on the promise by Pakatan not to charge for the first 20 cubic metres of water, Raymond Tan said they failed to see the main problem in Sabah as the high level of Non Revenue Water (NRW) at about 50% where half of the it was considered commercial loss meant consumers had failed to pay for the water.

    ReplyDelete
  8. This results in a loss of 25,000 cubic metres of water a day or about nine million cubic metres a year.

    ReplyDelete
  9. Banyak sangat isu di Semporna sekarang ni. Shafie harus bertanggungjawab kerana ini di bawah jagaan beliau.

    ReplyDelete
  10. Kerajaan Pusat akan memperuntukkan RM150juta untuk air bersih dan RM30juta untuk Projek Loji Rawatan Air di Semporna.

    ReplyDelete
  11. Harap2 masalah air ni akan dapat diatasi sebelum pembangkang memperbesarkan lagi isu ni.

    ReplyDelete