Oleh : THE UNSPINNERS
SEORANG bekas ahli seumur
hidup PAS, Zainon Ismail atau lebih dikenali dengan nama pena sebagai CN
Al-Afghani mendedahkan PAS telah menandatangani satu perjanjian sulit dengan
DAP dan PKR untuk menggugurkan perjuangan hudud dan Negara Islam.
Menurutnya, perjanjian sulit
itu ditandatangani pada 18 Disember 2009 di antara Presiden PAS, Datuk Seri
Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Penasihat PKR, Datuk Seri
Anwar Ibrahim.
“Kita ini ditipu oleh
pimpinan. Kalau baca dalam buku saya ini, ada saya sebut, persefahaman pada 18
Disember 2009 telah disebut dan ditandatangani oleh tiga orang pemimpin.
“PAS oleh Tuan Guru Haji
Hadi, PKR oleh penasihat dia, dan DAP oleh Lim Kit Siang.
“Apa yang ditandatangani, di
antara kandungannya, apabila PR berkuasa di Putrajaya, pemerintahan ini tidak
akan menyentuh tentang hudud dan Negara Islam,”dedahnya dalam Wacana
Mengembalikan Pas ke Landasan Asal, 11 November.
“UMNO memang jahat, tak mahu
buat hudud, tapi UMNO tidak pernah janji untuk buat hudud. Dan dia (UMNO) tidak
pernah tandatangan untuk menafikan hudud.
“Tetapi pimpinan kita
menandatangani..tidak akan laksanakan hudud. Ini kita tidak tahu perkara ini.
Ini kesilapan pemimpin-pemimpin kita, buat sesuatu tidak hebah kepada
rakyat,”katanya lagi.
Semua pendedahan itu
terkandung dalam buku terbarunya yang akan berada di pasaran tidak lama lagi.
C.N Al-Afghani sebelum ini
pernah menulis buku kontoversi bertajuk ” Mohd Sabu Air Mata di Bumi Memali,”
mendedahkan wujudnya penyelewengan dan penipuan berjuta-juta ringgit milik
berpuluh-puluh anak yatim, 14 balu dan 200 mangsa Memali oleh pihak kepimpinan
PAS.
Akibatnya, buku tersebut
dilarang dijual ketika berlangsungnya Majlis Memperingati 25 Tahun Memali pada
November 2010, namun difahamkan saudara mara dan anak-anak mangsa Memali
berusaha gigih menjual buku tersebut agar penyelewengan itu terdedah kepada
umum.
No comments:
Post a Comment