Friday 16 November 2012

MDT DISARAN BAIKPULIH PRASARANA AWAM





TINJAU.....Radin meninjau sistem perparitan di belakang deretan kedai blok Nam Tai kelihatan kotor dan tersumbat.

Oleh: JACKSON LU

TENOM: Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Radin Malleh menegaskan bahawa adalah menjadi harapannya jika mana-mana jabatan mahupun kementerian yang berkaitan segera melaksanakan kerja-kerja membaikpulih prasarana kemudahan awam yang mengalami kerosakan agar rakyat khususnya pengguna mendapat keselesaan.

Adalah kerana tegas beliau, terdapat beberapa kepincangan yang tidak menyenangkan masyarakat pengguna terutamanya warga pekan yang mendakwa masih banyak permasalahan dari segi kebersihan, parkir kenderaan, sistem saliran dan kedaifan bangunan perlu ditangani segera.

“Kita faham keadaan sekarang tidak sesuai bagi jabatan-jabatan ataupun kementerian menyalurkan peruntukan kerana berada di penghujung tahun namun terpulanglah kepada kebijaksanaan mereka untuk menyelaraskannya,” kata beliau ketika sesi turun memantau kawasan pekan pada Jumaat.

Turut sama mengiringi beliau, Pegawai Daerah Siriman M F Basir; Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Wolfred Gentiu; Wakil JKR Jasni; Pengerusi JKDB Kapitan Liew Foh Sin; para pemimpin masyarakat tempatan dan AJK PBS Melalap.

Selain itu, Radin meminta pihak Majlis Daerah agar replika 'Ikan Palian' yang terletak di perkarangan pasar awam dekat sini dikekalkan di tempat yang sama namun perlu dihias sedikit untuk menarik perhatian setiap pengunjung ke situ.

Radin turut mempersetujui pembinaan tandas awam baru supaya diteruskan tetapi kali ini pihak majlis kena pilih satu tapak yang lebih sesuai kerana majlis telahpun mencadangkan bekas tapak hentian bas Nui Luk berhampiran Stesen Keretapi sebagai tapak baru.

"Manakala hentian bas Nui Luk dipindahkan ke tapak baru berhadapan dengan kedai kopi Kopitiam yang diambilkira kesesuaiannya termasuk dari aspek keselamatan penumpang kerana ia berhampiran dengan stesen kereta sewa Tenom-Keningau- Kota Kinabalu," kata Wolfred Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Tenom.

Dalam pada itu, Pengerusi JKDB Kapitan Liew Foh Sin turut memberitahu Radin berhubung keperluan sebatang jalan dua hala di Jalan Datuk OKK Yassin perlu dilebarkan kerana keadaannya sekarang terlalu sempit dan menyukarkan kenderaan berlalu lalang di situ Radin berkata;

“Kita minta pihak majlis dan JKR membincangkan masalah tersebut tetapi saya bersetuju jika pulau (island) sebagai pembahagi jalan kedua-dua hala dikurangkan/dikecilkan saiznya supaya laluan atau jalanraya menjadi lebar dan luas,” jelasnya.

No comments:

Post a Comment