TETAMU....
AZIZAH ketika menjadi tetamu Program Dairi YB terbitan Sabah FM pagi kelmarin.
Oleh : ABU BAKAR ESAH
KOTA KINABALU:143 buah rumah
di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) telah dibina dalam kawasan Dewan Undangan
Negeri (DUN) Klias sejak 2008 hingga 2012. Menteri Pembangunan Masyarakat dan
Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Hajah Azizah Haji Mohd. Dun berkata, jumlah itu
dijangka akan bertambah pada masa akan datang bagi membantu golongan kurang
berkemampuan untuk membina rumah.
“Selain itu, pelbagai
peruntukan lain turut diberikan kerajaan persekutuan untuk membaiki rumah-rumah
rakyat yang rosak,” katanya.
Azizah yang juga Ahli Dewan
Undangan Negeri Klias berkata demikian semasa menjadi tetamu Program Dairi YB
terbitan Sabah FM di Kompleks Bersepadu Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan
Kebudayaan, Kota Kinabalu, pagi kelmarin.
Dalam perkembangan sama,
beliau berkata, pihaknya akan sentiasa bekerjasama dengan Kementerian
Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar untuk membangunkan sektor pelancongan
dalam kawasan DUN Klias.
“DUN Klias turut menyumbang
dalam pembangunan sektor pelancongan negeri ini kerana sering menjadi tumpuan
pelancong asing untuk menyaksikan kelip-kelip dan monyet Belanda khususnya pada
musim cuti dan hujung minggu,” katanya.
No comments:
Post a Comment