Sunday 4 November 2012

MENARA TELEKOMUNIKASI MAXIS SELAMAT





STRATEGIK....Menara telekomunikasi dibina di tengah-tengah Kg Mantailang.

Oleh: JACKSON LU

TENOM: Kebimbangan tempias radiasi akan menjejas fizikal penduduk yang mendiami sekitar kira-kira 20 meter dari tapak pembinaan menara pencawang telekomunikasi Maxis telah terjawab apabila penjelasan diterima daripada Konsultan Maxis di Petaling Jaya mengatakan ia tidak mempunyai kesan sampingan untuk menjejaskan kesihatan manusia.

“Kita lega dengan jaminan itu kerana selama ini kita tidak pernah diberitahu tentang masalah masalah lain seperti kesan radiasi dan sebaliknya,” kata Mohd Anes Abdullah 42, seorang penduduk tinggal berhampiran dengan menara itu yang terletak di Kg Mantailang, dekat sini baru-baru ini.

Konsultan Maxis di Petaling Jaya menjelaskan bahawa pemasangan pencawang tersebut adalah sebahagian daripada usaha perkhidmatan telekomunikasi syarikat berkenaan sebagai langkah penambahbaikan perhubungan di kawasan ini sama ada menggunakan telefon bimbit mahupun capaian alam maya dengan mudah untuk penggunaan 'Broadband'.

Dalam pada itu, Anes merasa gembira dengan pemasangan peralatan tersebut kerana memberi laluan perkhidmatan terbaik kepada pengguna pengguna Internet yang bukan sahaja kepada pengguna biasa tetapi yang lebih penting kepada anak anak sekolah terutamanya para pelajar luar kampus yang mengikuti program jarak jauh (PJJ).

No comments:

Post a Comment