Sunday 11 November 2012

SABAHKINI.NET DISERANG CYBERTROOPER INDIA?





SEJAK seminggu lalu, selepas John Babagon memaklumkan kpmputernya diserang Trojan dan virus lain, Sabahkini.net telah menjalankan post-mortem seluruh sistem; termasuk server di Brazil dan Amerika; malangnya tidak ada sebarang jangkitan virus dikesan daripada Portal Sabahkini.net.

Namun setelah jurutera kami bertungkus lumus mencari punca 'serangan' akhirnya kami mendapati bahawa lebih 17,000 email dihantar setiap hari melalui ruangan 'Disquss' oleh Cybertrooper daripada India, Filipina, Indonesia, Hawaii dan Rusia; tetapi tidak dapat memasuki sistem pertahanan Sabahkini.net.

Sehubungan itu, kami menggesa pembaca setia kami agar jangan bimbang kerana Virus yang dihantar melaui email akan terus ke Google dan komen yang dimuatnaik melalui ruangan Disquss tidak akan dapat menceroboh laman web Sabahkini.net.

Sebagai langkah persediaan, pastikan menggunakan peranti anti virus Kaspersky Internet Security 2013 kerana buat masa ini hanya peranti berkenaan yang mampu menghalang virus yang disebarkan melalui email atau melalui ruangan Disquss yang tidak dikawal Sabahkini.net.

Berikut adalah contoh serangan virus dan pembaca yang menerima email seperti ini dinasihatkan agar tidak membuka email berkenaan.




No comments:

Post a Comment