SEJAK seminggu lalu, selepas
John Babagon memaklumkan kpmputernya diserang Trojan dan virus lain,
Sabahkini.net telah menjalankan post-mortem seluruh sistem; termasuk server di
Brazil dan Amerika; malangnya tidak ada sebarang jangkitan virus dikesan
daripada Portal Sabahkini.net.
Namun setelah jurutera kami
bertungkus lumus mencari punca 'serangan' akhirnya kami mendapati bahawa lebih
17,000 email dihantar setiap hari melalui ruangan 'Disquss' oleh Cybertrooper
daripada India, Filipina, Indonesia, Hawaii dan Rusia; tetapi tidak dapat
memasuki sistem pertahanan Sabahkini.net.
Sehubungan itu, kami
menggesa pembaca setia kami agar jangan bimbang kerana Virus yang dihantar
melaui email akan terus ke Google dan komen yang dimuatnaik melalui ruangan
Disquss tidak akan dapat menceroboh laman web Sabahkini.net.
Sebagai langkah persediaan,
pastikan menggunakan peranti anti virus Kaspersky Internet Security 2013 kerana
buat masa ini hanya peranti berkenaan yang mampu menghalang virus yang
disebarkan melalui email atau melalui ruangan Disquss yang tidak dikawal
Sabahkini.net.
No comments:
Post a Comment