Friday 11 January 2013

‘ALLAH’ HAK EKSKLUSIF ORANG ISLAM






Oleh : NOMY NOZWIR

KUALA LUMPUR : Majlis Perundingan Melayu (MPM) mengatakan kalimah “Allah” adalah hak eksklusif orang Islam, dan meminta bukan Islam untuk menghentikan tuntutan menggunakan perkataan tersebut, kata setiausahanya, Dr Hasan Mad.

Menurut Hasan, desakan penggunaan kalimah Allah dimulakan oleh pemimpin politik yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang keagamaan.

“Desakan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam ini bukan dicetuskan oleh pemimpin Kristian, tapi pemimpin politik yang tidak pakar dalam agama.

“MPM berpendirian bahawa isu ini wajib dihentikan segera kerana umat Islam keseluruhannya adalah waras dan mempunyai had toleransi ini, dan apabila dicabar, mereka akan bangkit menentang at-all-cost,” kata Dr Hasan dalam sidang media MPM di sini, hari ini.

MPM juga mempertikaikan sikap PAS mengenai isu ini, dengan mengatakan parti Islam tersebut digunakan oleh DAP untuk mendapatkan undi orang Islam.

“Kalau dilihat dalam Pakatan Rakyat, PAS adalah komponen ketiga, DAP paling berkuasa, DAP gunakan PAS untuk dapatkan undi (orang) Islam,” katanya.

No comments:

Post a Comment