SERAH....
Teo (tiga dari kanan) sedang menyerahkan memorandum kepada Siriman.
Oleh : MAIL MATHEW
TENOM: Satu rombongan
Jawatankuasa Dewan Perniagaan China Tenom (TCCC) yang diketuai Pengerusinya
Datuk Teo Min Chung menghantar satu memorandum kepada Pengerusi Mesyuarat
Majlis Daerah Tenom yang juga merupakan Pegawai Daerah di sini Siriman M.F
Basir di pejabatnya baru-baru ini.
Memorandum mengandungi 9
perkara seperti lorong barisan Jalan Datuk Yassin; sais pembahagi jalan
(island) dikurangkan supaya aliran laluan kenderaan luas dan lancar,
menggantikan besi penutup parit yang sukar dicuri, membaikpulih lampu-lampu
lorong di belakang BSN yang tidak menyala.
Selain itu meminta Majlis Daerah
melaksanakan arahan pengurangan kadar cukai pintu pada kadar baru yang
dipersetujui sebelum ini termasuk mengekalkan penggunaan laluan kakilima (walk
way 5 foot) bahagian depan dan belakang kedai.
TCCC dalam mesyuaratnya
turut menyenaraikan hasratnya meminta pihak keselamatan khususnya Polis meronda
(round beat) ketika waktu malam, memandangkan kawasan pekan dikunjungi orang luar
yang tidak dikenali pada waktu malam, terutamanya ketika hujung minggu termasuk
cadangan pembinaan pondok Polis di kawasan Pasar pekan.
Pihak Majlis Daerah turut
digesa agar membaiki lampu-lampu di jambatan Tenom Lama termasuk membaikpulih
ketahanan fizikal infrastruktur jambatan tersebut yang kini semakin teruk keadaannya
terutama di bahagian pelantar tiang di bawah jambatan.
Kedai makanan segera KFC di sini
turut disenaraikan agar serobong laluan asap ditinggikan daripada yang ada
sekarang kerana terlalu rendah menyebabkan asap yang terlepas keluar mengganggu
premis lain yang berhampiran.
Sehubungan itu, Siriman
memberi reaksi bahawa kesemua 9 perkara yang terkandung di dalam memorandum
TCCC itu, beliau akan bentangkan di dalam mesyuarat penuh Majlis Daerah dan
juga mesyuarat tindakan daerah yang dianggotai oleh Ketua-Ketua jabatan dalam
masa terdekat.
“Saya berterima kasih di atas
kerjasama TCCC dalam mengemukakan beberapa cadangan ini untuk diambil tindakan
PBT demi kebaikan dan keselesaan warga pekan...kami akan cuba lakukan yang
terbaik,“ jelas Siriman.
Terdahulu, Pengerusi TCCC
Datuk Teo Min Chung berharap penuh agar beberapa perkara yang disenaraikan
dalam memorandum TCCC diambil perhatian serius oleh pihak PBT kerana masalah
tersebut sudah tergantung sekian lama tidak dilaksanakan walaupun pihaknya
berulangkali mengajukan perkara itu sebelum ini.
No comments:
Post a Comment