Wednesday, 30 January 2013

KETERANGAN SAKSI RCI BERCANGGAH





         
Oleh :    NIGEL AW
           
BADARUDDIN Ismail, bekas pegawai cawangan khas Bukit Aman yang menyoal bekas Pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah (JPN), Ramli Kamarudin semasa siasatan 'Ops Durian Buruk', mendakwa Ramli telah mengaku bertindak sendiri.

Ini bercanggah dengan apa yang dikatakan oleh Ramli - yang dianggap sebagai penggerak utamanya -  kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang haram di Sabah pada sesi pertama pada 16 Januari lalu.

Badaruddin, yang kini bertugas dengan cawangan Khas di Kelantan, mendakwa Ramli - semasa disoal ketika dalam tahanan - berkata tindakannya adalah untuk mendapat keuntungan kewangan.

Badaruddin memberitahu siasatan RCI di Kota Kinabalu hari ini bahawa Ramli dan dan orang-orangnya mengeluarkan kira-kira 16,000 resit kad pengenalan.

Menurut Badruddin lagi, setiap satu daripadanya bernilai RM250, jadi mereka mendapat lebih daripada satu juta ringgit.

Resit kad pengenalan itu adalah satu dokumen sementara yang diberi sebelum pengeluaran kad pengenalan biru, tetapi diterima oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengenalan untuk layak mengundi.

Ops Durian Buruk didakwa melibatkan pegawai JPN yang mengeluarkan resit kad pengenalan menggunakan butiran pengundi dalam daftar pemilih yang telah meninggal dunia atau tidak pernah mengundi sebelumnya.

Ini telah mewujudkan pengundi 'hantu', di mana pendatang mengundi bagi pihak rakyat tulen.

Ramli, ketika memberi keterangan, mendakwa dia hanya memulakan operasi itu selepas menerima arahan daripada Timbalan Menteri ketika itu, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub menjelang pilihan raya negeri pada 1994.

Menjawab soalan pegawai pengendali siasatan RCI itu, Manoj Kurup, Badaruddin menjawab, apabila beliau menyoal Ramli, bekas pengarah JPN itu berkata tiada siapa yang memberinya arahan, ia adalah untuk kepentingan peribadinya. (MKINI)

No comments:

Post a Comment