WALK
ABOUT .....Azizah Dan Isnin Bersama Pemimpin Parti Kompenan Barisan Nasional (BN)
Beaufort Pada Program Walk About Sempena Sambutan Tahun Baru Cina Di Pekan
Beaufort.
Oleh : ABDUL BAKAR ESAH
BEAUFORT: Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Klias, datuk Azizah Mohd Dun dan Pemangku Ketua Umno
Bahagian Beaufort, Isnin Aliasnih turun padang menemui masyarakat dan peniaga
di Pekan Beaufort dalam Program 'Walk About' sempena sambutan Tahun Baharu Cina
2013, kelmarin.
Dalam program itu Azizah dan
Isnin menyampaikan kad ucapan Gong Xi Fa Chai dan Angpau kepada peniaga Cina di
sini.
Azizah yang ditemui pada
program itu berkata program itu sudah menjadi tradisi dalam setiap perayaan
yang kini disambut bersama oleh semua kaum di negeri ini.
ANGPAU..... Azizah menyampaikan kad ucapan dan angpau
Tahun Baru Cina kepada seorang peniaga.
Azizah yang juga Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Klias memberitahu program itu membuktikan kebersamaan
pemimpin dan semua penduduk meraikan setiap perayaan di negara ini selaras
dengan Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak.
"Kita melaksanakan
program ini setiap tahun dan ianya sudah menjadi tradisi yang semestinya
diteruskan. Program seperti ini juga telah menjadi salah satu wadah dalam usaha
kita mempertahankan semangat perpaduan yang telah lama terjalin di antara
penduduk berbilang kaum di negara ini yang dapat hidup dalam keadaan harmoni.
"Justeru sebagai rakyat
yang sayangkan negara saya menyeru semua penduduk agar sama-sama menjaga
kesejahteraan negara,” katanya sambil merakamkan ucapan Selamat Tahun Baru Cina
kepada seluruh rakyat negara ini khasnya masyarakat Cina.
No comments:
Post a Comment