DAIF....Zainah
(kanan) berdiri bersama isterinya di hadapan rumah yang kecil dan tidak
lengkap.
By : YAP SIONG HAN
KOTA KINABALU: Ahli keluarga
kepada kanak-kanak berusia 5 tahun, Siti Aryani Zainah, merayu simpati kerajaan
untuk memberikan maklum balas mengenai permohonan Projek Perumahan Rakyat
Termiskin (PPRT) yang dipohon mereka agar Siti boleh dikeluarkan daripada
Hospital.
Siti adalah anak keempat
dalam keluarga itu. Dia yang diperiksa oleh pihak hospital didapati menghadapi
penyakit kronik berkaitan paru-paru dan hanya bergantung kepada alat pernafasan
untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.
Siti telah dimasukkan ke wad
Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas pada Oktober 2008 dan disahkan sudah
stabil dan boleh keluar daripada hospital itu pada tahun 2009.
Namun, isu yang membuatkan
Siti tidak dibenarkan kembali ke rumah adalah disebabkan rumah mereka rumah
papan yang terletak di Kampung Melalin, Tuaran yang mana tidak ada kemudahan
asas seperti elektrik untuk membolehkan alat pernafasan digunakan di samping
melanggar peraturan untuk menggunakan alat ventilator di kawasan yang mudah
terbakar.
Menurut Sukarelawan Sepenuh
Masa (Kebajikan Pesakit dan Sosial), Ooi Kong Eow, Siti bersama ayahnya telah
pergi ke rumah pemimpin kerajaan di sana untuk memohon rumah PPRT namun mereka
disuruh untuk tunggu setahun lagi disebabkan tidak ada peruntukan lebihan pada
tahun 2009.
Pada awal tahun 2010,
keluarga Siti telah diberikan jawapan yang sama lagi. Kemudian pada 9 Februari
tahun sama, pegawai kerajaan bekenaan telah meminta sekali lagi untuk mendapatkan
dokumen yang berkaitan daripada keluarga siti.
“Mereka disuruh menyediakan
tapak untuk pembinaan rumah PPRT dan kemudian ayah Siti telah merobohkan rumah
papan mereka untuk pembinaan rumah PPRT.
“Selepas menghantar dokumen
yang diperlukan, doktor dari hospital berkenaan telah menelefon pegawai
berkenaan hampir setiap minggu untuk mengesahkan status permohonan itu, tetapi
mereka diberikan jawapan yang sama iaitu tidak ada peruntukan sehinggalah
doktor berkenaan putus asa.
“Pada tahun 2011, ayahnya
Zainah membuat keputusan untuk membina rumah itu dengan konkrit tetapi
disebabkan masalah kewangan, pembinaan rumah itu mengambil masa setahun untuk
disiapkan dengan hanya saiz 16′ x 20′ tanpa dapur, tandas, elektrik dan bekalan
air bersih,” katanya kepada Utusan Borneo baru-baru ini.
Ooi berkata, pada tahun
2011, beliau telah membantu keluarga itu memohon rumah pangsa PPRT dan Pegawai
Daerah Tuaran meluluskan permohonan itu dalam masa enam bulan.
Bagaimanapun, katanya, unit
yang diluluskan itu terletak di tingkat dua disebabkan di tingkat bawah sudah
penuh. Keadaan Siti tidak membenarkannya tinggal di tingkat dua atau mana-mana
tingkat yang lain melainkan di tingkat bawah kerana ianya untuk keselesaan
pesakit.
“Keluarga Siti masih
memerlukan sekurang-kurang RM10,000 lagi untuk membesarkan dan menyiapkan rumah
berkenaan dengan kelengkapan elektrik dan bekalan air.
“Ayah Siti hanya bekerja
dalam kilang dengan pendapatan sebulan RM400 hingga RM500 sahaja, oleh itu
sebarang bantuan dariapada mana-mana pihak yang prihatin adalah sangat
dialu-alukan,” katanya.
Ooi barkata, tujuan utama
beliau mengemukakan perkara ini adalah untuk membolehkan kerajaan mengambil
langkah yang berpatutan untuk membantu Siti dan keluarganya.
Beliau juga menyeru kepada
masyarakat yang prihatin supaya menderma kepada keluarga Siti agar dia boleh
balik ke rumah sendiri.
Mereka yang prihatin dan
mempunyai niat untuk membantu boleh menghubungi Ooi di talian 017 8954929. Kini
Siti dan keluargannya tinggal bersama di rumah neneknya di kampung yang sama.
(UB)
No comments:
Post a Comment