SEMPORNA: Kementerian
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memperuntukkan hampir RM5 bilion pada
tahun ini bagi tujuan peningkatan prasarana luar bandar di seluruh negara.
Menterinya, Dato Seri Mohd
Shafie Apdal berkata, peruntukan itu melibatkan kemudahan prasarana seperti
jalan raya, bekalan elektrik, air dan projek bantuan rumah rakyat termiskin
(PPRT).
Menurutnya, beliau yakin kesemua
projek bagi peningkatan kemudahan prasarana yang dirancang ini akan dapat
dilaksanakan.
“Setakat ini terdapat sudah
projek yang telah berjalan, projek-projek melibatkan jalan, air dan ada yang
sudah mencecah 60 peratus di Sabah, Sarawak dan begitu juga di negeri-negeri di
semenanjung,’’katanya.
Beliau berkata demikian
ketika sidang media selepas menyampaikan Elaun Sara Hidup Nelayan secara Tunai,
Penyerahan Bayaran Akhir Projek Khas Perumahan Nelayan dan Penyampaian
Sumbangan kepada anak nelayan di sini kelmarin.
Sementara itu, beliau yang
juga Ahli Parlimen Semporna menyatakan pihaknya sentiasa melawat, memantau dan
telah menubuhkan unit khas bagi mengatasi masalah kelewatan projek-projek
pembangunan.
“Setakat ini hanya terdapat
satu syarikat pemaju yang dibatalkan kerana sudah dua, tiga kali diberi amaran
kerana gagal menyiapkan projek seperti yang ditetapkan,’’ ujarnya.
Katanya, faktor kelewatan
projek-projek yang dikenalpasti ini selalunya disebabkan bahan yang digunakan
atau pengurusan pampasan melibatkan pengambilan tanah atau tempat.
“Terdapat jalan-jalan yang
lewat disiapkan kerana melibatkan jalan kampung, jadi pengurusan pampasan perlu
dilaksanakan,’’katanya lagi.
Turut hadir pada majlis itu,
Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Dato Seri Nasir Tun Sakaran, wakil rakyat
Bugaya, Datuk Ramli Marhaban. (NST)
No comments:
Post a Comment