Saudara Pengarang,
TERIMA KASIH Sabahkini.net
kerana membuat liputan di perumahan Apas Permai Tawau yang dibina SPNB. Hasil
dari perjumpaan dan niat SPNB ingin menyerahkan kunci kepada pembeli Taman Apas
Permai pada 21 Januari 2013, semua pembeli telah sebulat suara enggan menerima
kunci kerana Sijil Menduduki (OC) bersyarat untuk tiga bulan sahaja dan
pelbagai masalah lain.
Di sini kami ingin menyatakan
bawah SPNB wajar dijenamakan semula sebagai 'Syarikat Penipu Negara Berhad' kerana
tidak langsung bertanggungjawab; walaupun konon-kononnya mahu membela rakyat dan
memberi kehidupan selesa kepada rakyat.
Kami amat berdukacita kerana
rumah yang diserahkan amatlah daif dan dikategorikan rumah belum siap
sepenuhnya dan sepatutnya kontraktor yang bertanggunggjawab hendaklah
menyiapkan sepenuhnya mengikut pelan asal sebelum diserahkan kepada pembeli.
PENIPU.....Ketua
Pegawai Teknikal, Datuk Ahmad Azizi Bin Hj Ali, bersama orang kuat SPNB ketika penyerahan
kunci pada 21 Januari lalu.
CACAT,,,,,Sebahagian kecacatan rumah yang dibina SPNB tetapi mahu diserahkan kepada pembeli..
Siapa yang sanggup duduk di
rumah tersebut dan bagaimana pula sekiranya pihak yang membina rumah SPNB
mendapat rumah tersebut? Adakah mereka sanggup tinggal dan membayar ansuran
bulanan?
Persoalan kami, kenapakah
SPNB tergesa-gesa mahu menyerahkan rumah yang tidak siap dan memaksa kami
menerimanya? Apakah ada kaitan dengan PRU-13?
Apakah kerajaan sekarang
membela rakyat atau makan duit rakyat? Kami telah mengirimkan surat aduan dan
rayuan kepada Perdana Menteri Malaysia melalui Persatuan Perumahan Apas Permai,
namun sehingga kini tidak menerima sebarang
jawapan.
Kami kesal kerana semua pihak
yang bertanggungjawab dalam projek SPNB tidak menjalankan tugas mereka dengan
sempurna dan berharap agar dapat menukarkan mereka dengan orang baru jika tidak
ingin BN kecundang di DUN Apas pada PRU-13.
Salam Hormat,
MANGSA PENIPUAN SPNB
No comments:
Post a Comment