Saudara Pengarang,
SAYA Hasmiati binti Rustam,
telah membuat laporan polis ke atas seorang yang bernama Voo Man Chung, yang
mendakwa beliau seorang peguam dari Voo & Co. yang beralamat 1st Floor, Lot
7, Blok A, Bandar Pasaraya, Sandakan.
Saya telah ditipu sebanyak RM20,000
(Ringgit Malaysia: Dua Puluh Ribu) kononnya untuk bayaran guaman bagi membela
kes saya berkaitan pertikaian tanah di Koyah.
Saya diperdayakan oleh Voo Man
Chung di pejabat beliau apabila dia menghulurkan saya sekeping 'business card'
yang bernama Voo Sin Men, yang tertera nama sebagai seorang yang memiliki ijazah
undang-undang dari Australia.
Saya menyedari telah ditipu
apabila Voo Man Chung tidak hadir bagi membela saya pada tarikh perbicaraan
yang ditetapkan oleh mahkamah Sandakan pada 25 Januari, 2013 lalu. Akhirnya
mahkamah telah memutuskan saya bersalah disebabkan tiada peguambela yang hadir
bagi mewakili saya.
Adapun nama Voo Man Chung
ini saya hanya ketahui melalui siasatan saya dengan bertanya ke atas beberapa
individu masyarakat Cina di Sandakan.
Dua orang individu Cina
mengesahkan bahawa nama Voo Man Chung adalah orang yang mempunyai rekod jenayah
berkaitan pemilikan dan penjualan senjata api secara haram. Mereka mengesahkan
memang Voo Man Chong pernah ditahan di bawah ISA atas jenayah melibatkan
senjata api.
Terdapat dua orang lagi individu
yang berurusan dengan Voo Man Chung yang duit mereka telah dikebas sebanyak RM16,000
(Ringgit Malaysia: Enam Belas Ribu).
Sehingga saat ini kedua-dua
lelaki Melayu yang tertipu masih menaruh harapan supaya Voo Man Chung
mengembalikan duit mereka. Jika sekiranya Voo Man Chung engkar, mereka juga
akan membuat laporan polis.
Seorang pengamat politik
yang diminta pandangannya mengenai hal ini berkata, kes ini amat serius dan
cukup merbahaya. Beliau sedang memerhatikan apakah tindakan polis selanjutnya
ke atas Voo Man Chung.
Salam Hormat,
No comments:
Post a Comment