ROSAK...Kerosakan
Jambatan Kg Cenderamata selama 10 tahun diabaikan oleh Kerajaan BN/UMNO.
Oleh : RICHARD P ANDIANG
BATU SAPI: Ekoran Kampung
Cenderamata dalam kawasan DUN Sekong dan Parlimen Batu Sapi yang terus
terpinggir selama 10 tahun tidak mendapat sebarang kemajuan dan
kemudahan asas daripada kerajaan Barisan Nasional (BN); kini telah menimbulkan
kemarahan di kalangan penduduk setempat
yang mempunyai bilangan pengundi tegar
BN dan UMNO seramai lebih 100 orang.
Mantan Ketua Cawangan UMNO Kg Air Hujung Sekong,
Mukarramah Abdul Rahim (Gambar sisipan)
menjelaskan walaupun kampung ini
wujud sebuah cawangan UMNO yang mempunyai seramai 85 orang ahli namun telah
terpinggir oleh kedua-dua wakil rakyat DUN dan ADR yang ditelah dipilih
oleh rakyat pada PRU 12 lalu.
"Saya keluar daripada
Barisan Nasional (BN) sekaligus daripada UMNO Batu Sapi bukan kerana
kepentingan diri saya sendiri, tetapi demi kepentingan ahli-ahli UMNO/BN dan
juga penduduk kampung di bawah seliaan saya. Semasa saya memegang jawatan Ketua
Cawangan UMNO, Kg Air Hujung Sekong
langsung tidak mendapat pembelaan,”
ujarnya.
Kata Mukarramah, dia sudah
15 tahun dalam kerajaan BN khususnya menjadi ahli UMNO sejak dari UMNO Sugut
lagi dan kemudian berhijrah ke Batu Sapi
amnya Sekong; sehingga dipilih menjadi Ketua Cawangan UMNO di Kampung tersebut,
tetapi tidak mendapat apa-apa bantuan daripada kerajaan BN.
“Demi kepentingan masyarakat
dan penduduk Kampung Cenderamata dan ahli-ahli UMNO Kawasan Kg Air Hujung
Sekong, saya telah mengambil keputusan muktamad untuk meninggalkan UMNO dan
menyertai Parti Pakatan Rakyat khususnya
PKR Cabang Batu Sapi. Manakala seramai 85 orang lagi ahli UMNO cawangan
tersebut akan menyusul pada minggu depan untuk keluar beramai-ramai daripada
belenggu BN/UMNO,” jelasnya.
Kami sedar, tambah
Mukarramah, dengan menyertai parti Pembangkang memang tiada mendapat
sebarang ganjaran kerana buat masa ini parti Pakatan Rakyat memang tidak mampu
memberikan kemudahan seperti wang ringgit, berbanding dengan ahli-ahli
pembangkang yang menyertai UMNO/BN sudah semestinya mendapat imbuhan dan
ganjaran yang lumayan daripada para pemimpin
UMNO/BN berkenaan.
"Tetapi demi perjuangan
yang telus dan berjiwa rakyat, biarlah kami menyertai PKR walau habukpun tiada,
hanya menelan air liur, namun kami yakin Parti Pakatan Rakyat akan menjadi tampuk pemerintahan selepas PRU
13 nanti. Maka sudah pasti kami akan mendapat pembelaan yang sewajarnya. Pepatah
mengatakan, berakit-rakit dahulu, berenang-renang kemudian, bersakit-sakit
dahulu bersenang-senang kemudian,” tegasnya.
No comments:
Post a Comment