Saturday 26 January 2013

SEANDAINYA RASULULLAH ADA BERSAMA KITA?







BINCANG...Dato Sri Nasir (tiga kiri) diringi Datuk Amri A.Suratman (dua kiri); Sakaria Semelah (tiga kanan) dan Abd Razak Abd.Hamid (kiri) berbincang sesuatu  dengan Pengarah RTM Sabah, Abd.Jalani Mahmud (dua kanan) sempena majlis itu di Kompleks Bersepadu Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Jalan Lintas, Kapayan.

Oleh : ARSHAD HUSSIN

KOTA KINABALU: Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Dato Sri Haji Nasir Tun Sakaran telah menjadi Tetamu Khas Majlis Forum Khas Maulidur Rasul 1434H/2013M di Kompleks Bersepadu Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Jalan Lintas, Kapayan.

Forum Khas 'Seandainya Rasulullah S.A.W. Ada Bersama Kita' anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dengan kerjasama RTM Kawasan Sabah itu disiarkan secara langsung melalui Radio Sabah FM bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. 1434H/2013M Peringkat Negeri Sabah.

Ahli Panel Forum itu Ustaz Syarif Adul dan perantara forum Ustaz Abu Nurul. Hadirsama sempena majlis itu Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains), Datuk  Haji Amri A.Suratman; Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Kawasan Sabah, Abdul Jalani Mahmud; Wakil Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah, Ustaz Shamsuri Ghazali serta pegawai-pegawai kanan RTM Sabah dan kakitangan Jabatan Penerangan Malaysia Cawangan Sabah.

No comments:

Post a Comment