Monday 28 January 2013

BELIA NADI TRANFORMASI NEGARA





   
ANGPAU......Azizah dan Isnin menyampaikan Angpau Tahun Baru Cina sambil diperhatikan Jacky (dua kanan).

Oleh : ABU BAKAR ESAH

BEAUFORT: Belia merupakan nadi dan penggerak utama dalam memastikam gerakan transformasi negara mencapai matlamatnya secara berterusan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Azizah Mohd Dun berkata, Program Transformasi Belia, IM4U dan My Beautiful Malaysia merupakan bukti keprihatinan dan kesungguhan kerajaan dalam mengiktiraf peranan dan sumbangan generasi muda menerusi pelbagai sektor termasuklah aktiviti pembangunan sosio ekonomi dan kesukarelawanan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias memberitahu, belia perlu memanfaatkan setiap ruang dan peluang yang disediakan kerajaan menerusi sumbangan idea kreatif, inovatif dan berinformatif ke arah memacu Malaysia mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Azizah berkata demikian ketikan ditemui media pada Pesta Angpau di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Kung Ming, Beaufort, di sini.

Hadir sama, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Isnin Aliasnih, Naib Ketua Umno Bahgaian Beaufort, Datuk Kimjus Duim, Ketua pergerakan Puteri Umno Beaufort, Saridah Mohd Dun Pengerusi Pergerakan Pemudan Malaysia (YMM) Sabah, Deric Chiew, Pengerusi YMM Cawangan Beaufort, Jacky Chin serta pemimpin-pemimpin masyarakat bersama-sama lebih 1,000 penduduk.

Pesta Angpow yang diadakan bersempena sambutan Tahun Baharu Cina ini turut dimeriahkan dengan pelbagai persembahan kesenian dan kebudayaan masyarakat Tiong Hwa seperti tarian Singa dan Naga yang menggunakan teknologi LED serta nyanyian dan tarian kanka-kanak pra-sekolah.




RASMI.....Azizah menyempurnakan simbolik perasmian Pesta Angpau sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2012, anjuran YMM Cawangan Beaufort.

Di akhir majlis Azizah bersama-sama Isnin menyampaikan Angpau tahun Baharu Cina kepada kanak-kanak yang hadir.

Sementara itu, menjawab satu soalan mengenai persiapan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di Bahagian Beaufort, Azizah menyuarakan keyakinannya bahawa rakyat dan pengundi di Beaufort setia dan berdiri teguh di bawah kerajaan Barisan Nasional walaupun ditentang pakatan pembangkang yang cuba menganggu-gugat keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap BN.

“Reputasi dan prestasi cemerlang BN dalam mentadbir, mengurus dan membangunkan negara sejak merdeka menguatkan sokongan rakyat dan pengundi terhadap kemampuan BN dalam membawa gelombang transformasi dan pembangunan di Beaufort,” katanya.

Selain itu katanya, pelbagai perubahan dilaksana kerajaan melibatkan pembangunan infrastruktur dan prasarana yang telah, sedang dan akan dilaksanakan di Parlimen Beaufort memberi banyak manfaat dan keselesaan kepada rakyat termasuklah penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri Klias dan Kuala Penyu. Ia bertepatan dengan pelaksanaan Gagasan 1 Malaysia Rakyat Diutamakan yang mengiktiraf peranan dan sumbangan rakyat dalam menentukan proses pentadbiran dan pembangunan negara.

No comments:

Post a Comment