Wednesday, 30 January 2013

JUTAWAN SEGERA GUBAH WANG HARAM?






URUSAN MISTERI...Jutawan segera, Fredoline (kanan) bersama seorang rakan berjaya dijejaki semasa di Jepun.

Oleh : KREW SABAHKINI.NET

JUTAWAN segera, Fredoline Pingo dijejaki berada di luar negara seperti di Jepun, Hong Kong, Taiwan dan terbaru di Singapura antara bulan Disember tahun lalu dan Januari tahun ini dipercayai ada kaitan dengan wang terlalu banyak yang dimilikinya dalam masa singkat.

Ini berdasarkan pasport antarabangsa yang tercatat perjalanan luar negara dalam tempoh tersebut yang kemungkinan besar terlibat dengan Penggubahan Wang Haram (Money Laundering).

Tidak dipastikan urusan dilakukan di negara-negara tersebut dan ia masih menjadi misteri tetapi berdasarkan maklumat, ia ada kaitan dengan urusan pembelian beberapa buah lagi  kereta mewah serta disyaki kemungkinan usaha untuk menyembunyikan wang haram, di luar negara.

Timbalan Ketua Pemuda UPKO Kuala Penyu yang dengan tiba-tiba menjadi kaya raya itu juga dikesan bersama beberapa orang rakan rapat yang juga didakwa ada hubung kait dengan sindiket haram.

“Urusan mereka banyak tertumpu bagaimana mahu menyelamatkan diri daripada dijejaki pihak berkuasa keselamatan di Malaysia dan cubaan menggelirukan orang ramai tentang wang banyak yang berada di tangan mereka,” menurut sumber  yang rapat dengan sindiket terbabit.

Kekayaan mendadak yang dimiliki menimbul tanda tanya ramai orang malah orang bawahan mereka sendiri dikatakan bingung serta serba salah dengan pengaliran wang terlalu banyak yang tidak diketahui puncanya.

Ini kalilah...terlalu banyak wang sehingga orang bawahan mereka rasa bingung serta tidak mahu terlepas jika boleh mendapat sebahagian hasil kekayaan mendadak  taiko mereka.

Jutawan segera yang turut digelar 'Jutawan King' itu didakwa pernah disoal pihak berkuasa berhubung kekayaan mengejut dalam masa singkat tetapi dia memberitahu mereka, “wang itu adalah hasil loteri jackpot yang dimenanginya” manakala bagi orang bawahan, mereka diberitahu bahawa wang itu hasil projek diperolehinya.

Percanggahan kenyataan itu menimbulkan persoalan besar dan tindakan itu membuatkan jutawan segera itu diburu bayang-bayang sendiri dan tidak dapat tidur lena seperti jutawan tulen lain.

Sementara itu orang yang  berurusan dengan jutawan segera itu terus memberi tekanan, malah ada yang ingin membawa masalah jutawan segera tersebut kepada Kementerian Dalam Negeri.

No comments:

Post a Comment