SEORANG pendakwah Kristian
merayu agar masyarakat agama itu di negara ini menggugurkan penggunakan kalimah
'Allah' daripada digunakan di dalam Bible.
BS Poh yang pernah ditahan
ISA atas kegiatan keagamaannya berkata, orang Kristian harus berbuat demikian
untuk menunjukkan kemuliaan hati nurani mereka.
"Orang lain tidak boleh
memaksa kita mengugurkan kalimah Allah. Kita sendiri yang perlu memilih untuk tidak
menggunakannya," katanya.
Katanya orang Kristian boleh
berbuat demikian berdasarkan keyakinan ke atas kesusilaan dalam tindakan
berkenaan.
"Kebebasan hati nurani
ialah kebenaran yang berharga. Hanya Tuhan sahaja yang paling mengetahui
mengenai hati nurani manusia," katanya.
Tambahnya, orang Kristian
sudahpun berjuang dan memenangi hak untuk menggunakan kalimah Allah namun masih
wujud usaha untuk menghalang penganut berkenaan daripada menggunakannya.
"Masalah ini sudah
berlarutan selama 30 tahun. Persoalannya, adakah kita perlu berkeras untuk
menggunakan hak guna (kalimah Allah?," soalnya lagi dengan memetik
beberapa bait ayat daripada Bible.
Tambahnya, penganut Kristian
juga kini tertekan dengan isu yang berlarutan itu.
"Jadi bolehkah jika
berusaha lebih keras untuk menunjukkan kecintaan orang Kristian dengan tidak
menggunakan (kalimah) Allah?," katanya.
Katanya, orang Kristian juga
perlu menilai isu berkenaan dari segi alasan dalam kitab, alasan teologi dan
juga linguistik. (MKINI)
No comments:
Post a Comment