TERIMA
KASIH...V.K Liew menerima cenderahati kenangan daripada pihak penganjur.
Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
TIMBALAN Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Malaysia
Datuk Liew Vui Kiong menjelaskan wujudnya Klinik 1Malaysia pada 23 Oktober 2009
di seluruh negara ini unjuran
diadaptasi daripada konsep
1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan.
“Klinik 1Malaysia
menyediakan perkhidmatan rawatan yang ringan kepada masyarakat bandar yang tinggi kepadatan penduduknya.
"Penubuhan Klinik
1Malaysia imi diharap dapat mengurangkan beban kerja di klinik sedia ada dalam
kawasan bandar dan dapat mengurangkan masa menunggu bagi pesakit,” katanya.
V.K Liew menambah, kriteria pemilihan
kawasan untuk penubuhan dan pewujudan 1Malaysia antaranya di kawasan bandar,
kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan masyarakat/penduduk
dari golongan yang kurang berkemampuan dan berpendapatan rendah.
V.K Liew berkata demikian ketika berucap merasmikan Klinik 1Malaysia
di Bandar Litat, Jalan Lintan, KM7.8 Jalan Utara, Sandakan petang kelmarin.
“Saya bagi bagi pihak
kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan bahawa di seluruh
Negeri Sabah sehingga hari ini telah diwujudkan sebanyak 23 buah Klinik
1Malaysia yang sudah beroperasi
sepenuhnya termasuklah Klinik 1Malaysia Bandar Litat,” jelasnya.
Klinik 1Malaysia terang V.K
Liew adalah klinik yang kedua diwujudkan di daerah Sandakan ia sudahpun beroperasi
sejak September 2012, sementara klinik 1Malaysia di Taman Seletar Jalan Batu
Sapi telah beroperasi pada November 2012.
“Manakala Klinik 1Malaysia
Bandar Labuk Jaya, Batu 7 dijangka
beroperasi sebelum Jun 2013, dan Klinik 1Malaysia di Bandar Leila
merupakan Klinik yang pertama di daerah Sandakan,” kata V.K Liew.
RASMI...V.K
Liew merasmikan Klinik 1Malaysia Bandar Litat sambil diperhatikan Au Kam Wah.
“Untuk makluman Klinik
1Malaysia yang Bandar Leila sebenarnya sudahpun beroperasi sejak dari tahun
2010 kini telah dinaikkan taraf kepada Klinik Kesihatan ini ekoran daripada jumlah dan bilangan pesakit yang
dating untuk mendapatkan rawatan di klinik tersebut kian hari semakin
bertambah.
“Dengan kenaikan taraf
sebagai Klinik Kesihatan lantaran seorang Pegawai Perubatan telah ditempatkan
di klinik berkenaan. Tahniah saya ucapkan di atas komitmen semua warga Jabatan
Kesihatan Negeri Sabah kerana meneruskan usaha proaktif untuk merealisasikan
idea dan visi Perdana Menteri kita iaitu dalam Konsep Gagasan 1Malaysia Rakyat
didahulukan, Pencapaian diutamakan,” jelas Liew.
Liew menambah, usaha dan
kesungguhan Jabatan Kesihatan Negeri ini jelas mencerminkan kerajaan yang
sentiasa peka terhadap masalah dan keperluan semua lapisan masyarakat majmuk
khususnya di bandar dan di luar bandar agar mereka juga mempunyai akses kepada dan perkhidmatan
kesihatan yang disediakan oleh kerajaan.
“Seperti mana yang berlaku di
semua Klinik 1Malaysia, pelanggan atau pesakit hanya dikenakan bayaran RM1.00
yang berstatus warga negara Malaysia, bagi pesakit warga asing dikenakan
bayaran sebanyak RM15.00.
Dalam pada itu Kerajaan
Barisan Nasional (BN) juga telah
memberikan keistimewaan pengecualian
bayaran RM1.00 kepada golongan pesakit warga emas atau yang berumur melebihi 60 tahun yang
berstatus warga negara Malaysia,” ujarnya.
Klinik 1Malaysia Bandar
Litat setiap hari beroperasi selama 10 jam bermula dari jam 10 pagi hingga jam
10 malam dan dibantu 6 orang kakitangan
dan seorang Pembantu Perubatan.
Turut hadir pada majlis
tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura Au Kam Wah, Pemimpim
Kemajuan Rakyat (UPKR) Elopura Chan Tzun
Hei dan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri
dan Persekutuan.
No comments:
Post a Comment