JAMUAN....
Kelihatan Jamain kanan sekali bersama Omar (ketiga), Abas Motog (keempat),
Tongon dan Pakit dalam satu jamuan ringkas meraih kunjungan Datuk Douglas lind.
Oleh: JACOB BALANG
KEMABONG: Beberapa pemimpin
cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tenom terkilan dengan sikap keterlaluan
segelintir pemimpin cabang parti itu di sini yang mempertikaikan kehadiran
bekas Setpol Ketua Menteri semasa kerajaan Parti Berjaya, Datuk Douglas Lind
yang dilabelkan mereka sebagai pencetus perbalahan parti itu.
Malahan mereka menganggap
Douglas sebagai tidak beradab kerana memasuki kawasan Tenom tidak memaklumkan
cabang PKR terlebih dahulu yang boleh disifatkan sebagai membelakangi kuasa
cabang parti itu.
Demikian dinyatakan Ketua
Angkatan Muda Keadilan (AMK) cabang PKR Tenom, Jamain Kalasang, 39, ketika
memberitahu Sabahkini.net kelmarin sebagai mengulas beberapa kenyataan kumpulan
itu khususnya Masdin Tumas di laman sosial FB, baru-baru ini.
Tegasnya, Masdin serta
pengikut kumpulannya agar perlu rasional bahawa Datuk Douglas bukan penjenayah
mahupun ahli militan yang perlu dilarang memasuki Tenom, sedangkan beliau
adalah anak watan di daerah ini, apatah lagi kunjungannya adalah peribadi dan
bukan urusan parti.
“Saya nasihatkan mereka ini
bahawa sebarang informasi dari mana-mana pihak perlulah diselidiki terlebih
dahulu (demi) untuk menjaga perpaduan parti daripada berkelompok-kelompok hanya
kerana menerima maklumat yang salah dan tanpa usul periksa,” tegas Jamain.
Turut menyokong kenyataan
Jamain, beberapa pemimpin PKR lain seperti Omar, Tongon dan Abas Motog yang
sependapat dengannya bahawa tiada siapa boleh menghalang Douglas untuk melawat
kaum keluarganya; malah tidak ada pun terdapat di dalam perlembagaan PKR
melarang ahli-ahlinya berjumpa keluarganya tanpa keizinan parti.
Minggu lepas, Datuk Douglas
menyatakan penafiannya itu berhubung perkara tersebut sepertimana dilaporkan
media bahawa kunjungannya di sini tiada agenda politik mahupun untuk memporak-porandakan
kepimpinan Cabang PKR Tenom.
Sebaliknya, kunjungan beliau
(Douglas) sekadar untuk menziarahi kaum kerabat keluarganya yang berada di
Kemabong dan Tenom; namun tidak menafikan pernah berjumpa dengan sahabat-sahabat
lamanya yang kini menjadi ahli PKR tetapi ia secara kebetulan dan bukan
dirancang, tegasnya.
Datuk Douglas Lind merupakan
ahli Umno sebelum berpindah ke PKR bersama sama dengan tokoh politik lain dari
Umno pada tahun lalu. Bagaimana pun Douglas setakat ini tidak menyandang
sebarang jawatan didalam cabang PKR Tenom namun hubungan beliau dengan pimpinan
PKR Negeri serta Ketua Umum PKR Dato'Seri Anwar Ibrahim difahamkan rapat sejak
beberapa tahun sebelumnya.
No comments:
Post a Comment