MUTALIB M.D BERI KETERANGAN RCI ESOK?
PENULIS kontroversi,
Mutalib M.D dijadual memberi keterangan di hadapan Panel RCI, yang dijadualkan
menyambung sidang di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu esok, 28 Januari 2013. Bagaimanapun
sidang editorial tidak dapat menghubungi Mutalib yang sedang bercuti kerana
melawat adiknya yang sakit di Lahad Datu, di Sabah. RCI telah mengirimkan sapena
terus ke pejabatnya di Kuala Lumpur. Menurut maklumat yang diterima daripada
RCI, selain Mutalib M.D; Pengerusi STAR Sabah, Datuk dr Jeffrey Kitingan dan
Presiden APS, Datuk Wilfred Mojilip Bumburing juga dijangka memberi keterangan
di antara 28 Januari hingga 1 Februari 2013
No comments:
Post a Comment