Sunday 27 January 2013

MASUK TANDAS PUN KENA IZIN PKR JUGA?






Saudara Pengarang,

MESKIPUN beberapa penjelasan telah dibuat oleh bekas Setpol Mantan Ketua Menteri Sabah era kerajaan Parti Berjaya, Datuk Douglas Lind berhubung kunjungannya ke Tenom; namun niatnya masih disangsikan oleh 'Macai-Macai Politik' PKR Tenom, dengan bertindak melemparkan berbagai andaian yang tidak masuk akal.

Apa tidaknya jika kunjungan Datuk Douglas Lind ke Tenom dan Kemabong sejak awal lagi, beliau sudah mengatakan bahawa kunjungannya adalah berbentuk 'Peribadi' dan tiada kaitan dengan politik atau melobi sokongan untuk dicalonkan, tetapi masih juga disangsikan dengan berbagai andaian.

Sampai bila kematangan berpolitik 'macai-macai' ini boleh berubah ke suatu tahap yang boleh diterima oleh rakyat Tenom? Atau mungkinkah setiap pergerakan Douglas ke mana sahaja; walaupun ke tandas tetapi terpaksa juga meminta keizinan daripada PKR Tenom? Apakah ini yang dimaksudkan 'macai-macai' ini mesti melalui PKR demi mengelak dari membelakanginya?

Harus diingat bahawa kehadiran Douglas ke Tenom dan Kemabong bukan sekadar urusan politik tetapi juga sebagai seorang yang mempunyai kerabat di sini, sudah tentu menjadi haknya untuk menziarahi mereka tidak kira berapa lama beliau berada di sini kerana itu bukan urusan PKR tetapi adalah hak peribadinya.

Janganlah terlalu panik dan pasif memikirkan masa depan politik masing- masing sehinggakan berlaku sindrom seperti takut kepada bayang-bayang sendiri apabila mendepani kejutan iklim politik yang senantiasa berubah dari semasa ke semasa, walaupun sesama sendiri dalam bahtera PKR.

Sebaliknya, tunjukkanlah keperwiraan politik kamu dalam mendepani perubahan itu dengan penuh ketabahan dan seterusnya mensyukuri kehadiran pemimpin pemimpin politik yang mempunyai kelibat semangat juang yang kental untuk menyuntik kekuatan lebih berkemapuan atau lebih dikenali sebagai 'super power' demi mengangkat dan menjulang PKR ke persada kejayaan pada PRU-13.

Perjuangan politik mempunyai skop yang paling luas dan perlu diterokai dengan sedalam-dalamnya yang mengambilkira keperibadian seseorang pemimpin itu, halatuju dan wawasannya, kewibawaannya dan bukan setakat mengambilkira warna kulitnya, berapa tinggi hidungnya tetapi apa yang lebih penting seseorang itu adalah warga tempatan.

Selamat berjuang!

JACOB BALANG

No comments:

Post a Comment