PROTES.....Himpunan
Hijau hari ini mengadakan protes di depan ibu pejabat HSBC Malaysia di Kuala
Lumpur, kerana membantah hubungan perniagaan bank tersebut dengan syarikat
nadir bumi Lynas Corporation.
By : LEE LONG HUI
SEBAGAI tanda protes, Wong
Tack, ahli jawatankuasa pemandu Lee Chin Chen dan ahli kumpulan itu Connie
Chong, mengunting kad kredit, sambil menggesa orang ramai 'memutuskan urusan
perniagaan' dengan bank tersebut.
Mereka mendakwa bank
tersebut menjalankan urusniaga dengan syarikat yang mengendalikan operasi loji
nadir bumi Lynas di di Gebeng, Kuantan, yang telah menimbulkan kebimbangan
bahayanya terhadap alam sekitar.
Lebih 10 anggota polis
dilihat berada di situ tetapi mereka tidak mengganggu kumpulan tersebut.
Bercakap dalam sidang akhbar
kemudiannya, Wong yang baru saja tiba dari Sabah, berkata kad yang diguntingnya
itu adalah milik abangnya.
Katanya, abangnya itu,
seorang guru, menyerahkan kad itu pagi ini semasa menghantarnya ke lapangan
terbang.
No comments:
Post a Comment