Artikel Malaysian Insider
semalam yang bertajuk 'NRD Man Got RM1M For Letting Immigrants Vote, RCI Told'
mendapat kecaman dari warga maya seperti Twitter dan Facebook sejurus selepas
artikel itu dikeluarkan.
Ini kerana tajuk artikel tersebut
yang berniat jahat dan tidak benar kerana, berdasarkan dari keterangan saksi
ke-34 kemarin, DSP Badarudin Ismail dari Special Branch langsung tiada menyebut
perkataan ‘Untuk Mengundi’ apabila ditanya tentang mengenai kegiatan bekas
tahanan ISA Ramli Kamarudin.
Ramli Kamarudin yang
merupakan bekas Ketua Pengarah JPN pada 1993-1995 mengaku semasa ditemubual
oleh DSP Badarudin dalam tahanan, yang beliau mengutip sebanyak RM250 bagi
setiap resit kad pengenalan yang dikeluarkan kepada pendatang haram dari
Filipina, India, Pakistan dan lain-lain atas faktor wang dan keuntungan.
Namun beliau langsung tidak
ada menyebut resit itu dikeluarkan untuk pendatang haram ini MENGUNDI. Warga
maya yang turut mengikuti inkuiri awam ini tampak terkilan dengan artikel tersebut
kerana seolah cuba memperbodohkan orang ramai, lantas menyuarakan tanda protes
mereka melalui Hashtag Twitter #RCISabah yang boleh diakses oleh semua pihak.
Protes juga dapat dilihat
melalui komen-komen media social Facebook melalui akaun peribadi sendiri, page
dan group dalam Facebook seperti 1Suara Lahad Datu, Kopitiam FB, Sabah New Hope
dan UMB sabah yang rata-rata terkilan dengan artikel MISLEADING Malaysian
Insider ini.
Salam Hormat,
ANTI PEMBOHONGAN
No comments:
Post a Comment