SYARIKAT Multi Inrich Sdn
Bhd pada Jumaat memfailkan saman ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan sejumlah
RM50 juta terhadap kepada KPDNKK.
Syarikat Multi Inrich Sdn
Bhd telah ditubuhkan pada 19 mac, 2004 dan dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera
Negeri Sabah. Syarikat ini telah terbukti kemampuannya untuk maju dan telah
berjaya mendapat banyak Anugerah Cemerlang walaupun tanpa bantuan dari Agensi-Agensi
Kerajaan Persekutuan Malaysia di Negeri Sabah.
Syarikat ini telah berjaya
memasarkan produk jenama LACTOVIDA di Malaysia dan telah berjaya menembusi
pasaran Antarabangsa.
Pada tanggal 10 Julai 2009, KPDNKK
Negeri Sabah telah mengarahkan semua pegawai penguatkuasanya untuk menyita
kesemua barang-barang dan alat-alat perniagaan di kedua-dua premis perniagaan
kami.
KPDNKK Negeri Sabah telah
berjaya melumpuhkan operasi perniagaan Multi Inrich serta menghalang mereka
meneruskan usaha perniagaan yang telah dibina selama enam (6) tahun.
KPDNKK Negeri Sabah telah
merampas kesemua alat mesin-mesin dan barang-barang perniagaan, menyebabkan
Multi Inrich mengalami kerugian amat besar, sehingga perniagaan berkenaan
lumpuh sepenuhnya dan telah ditutup operasi pada 10 Julai 2009 sehingga
sekarang.
KPDNKK menuduh syarikat kami
memalsukan dokumen kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan Sijil
Analisa dari SIRIM di bawah Jenayah Perdagangan Akta Perihal Dagangan 1972,
yang boleh dihukum mengikut Seksyen 18 (2) denda RM 250,000 jika sabit
kesalahan atau tiga (3) tahun penjara.
Bagaimanapun, pada 29 April
2011, dalam perbicaraan di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu KPDNKK telah gagal
membuktikan kes 'Prima Facie' terhadap Multi
Inrich.
Meskipun gagal di mahkamah,
tetapi KPDNKK telah berjaya menghalang dan menutup sepenuhnya operasi
perniagaan Multi Inrich Sdn Bhd.
Menurut Pengurus Multi
Inrich, Abdul Karim Ahmad beliau mempunyai bukti ramai usahawan Bumiputera
Negeri Sabah yang telah berjaya
diganggu, dihalang dan dianiaya oleh pegawai-pegawai Kementerian KPDNKK
Negeri Sabah disebabkan 'Tidak Membayar Wang Bonus'.
Malah kata Abdul Karim,
KPDNKK juga melindungi para peniaga PATI dan ramai pegawai Kementerian KPDNKK
Negeri Sabah berkerjasama untuk menyeludup barang-barang kawalan yang
bersubsidi ke Filipina dan Indonesia.
"Buktinya banyak barang-barang
bersubsidi terdapat di pasaran di Nunukan dan Tarakan, Indonesia dan Zambonga serta
Sitangkai Filipina" kata Abdul Karim yang kecewa kerana Menteri KPDNKK
turut bersubahat dengan para pegawainya sekalipun banyak aduan beserta bukti
telah dikemukakan.
Dalam kes Multi Inrich, kata
Abdul Karim, KPDNKK mempunyai niat jahat (mala-fide) untuk menghalang dan
menutup operasi perniagaan Multi Inrich dengan merampas semua peralatan, mesin,
barang-barang perniagaan dan kemudian disimpan di dalam gudang stor milik
Kementerian KPDNKK di Kolombong, Sabah.
"Tindakan mereka tidak membuat
pertuduhan di Mahkamah Kota Kinabalu, menunjukkan bahawa mereka hanya mahu
menggertak kami yang tidak pernah membayar 'wang bonus' (ufti) kepada
pegawai-pegawai Kementerian KPDNKK," kata Abdul Karim dengan nada kesal.
Kata Abdul Karim lagi,
beliau telah mengajukan surat aduan kepada KPDNKK, Ketua Menteri Sabah dan Perdana
Menteri Malaysia. Bagaimanapun, KPDNKK tidak memberikan sebarang respon
sehingga ke hari ini.
Maka dengan itu, kata Abdul
Karim, pihaknya memfailkan saman ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan
sebanyak RM 50 juta terhadap KPDNKK.
"Saya juga berharap,
selepas ini, KPDNKK berhenti menindas para usahawan bumiputera, sebaliknya
membantu kami memajukan perniagaan di Sabah," Abdul Karim Ahmad yang
menegaskan KPDNKK perlu ditransformasi terlebih dahulu sebelum Perdana Menteri
melaksanakan Dasar Transformasi Negara.
No comments:
Post a Comment