Wednesday 30 January 2013

M.O.N MENGEMBANG SAYAP KE INDONESIA







Oleh : Belia Perdana Semporna

MENGIKUT Online FM FB Sosial : “Rasanya inilah kumpulan pertama yang berasal dari Semporna Sabah yang berani menyahut cabaran penganjur di mana Memory Of Natache a.k.a MON akan membuat TOUR ke Jakarta, Indonesia bermula tanggal 29 Januari sehingga 8 Februari 2013.

Dengan berbekalkan 1st EP (5 buah lagu sendiri) dan 4 lagu cover, mereka akan membawa cabaran mencari peluang di luar negara. Sama-sama kita doakan dan berikan kata kata semangat kepada mereka agar melakukan yang terbaik .

M.o.N Tour

Memory of Nateche Tour telah berangkat ke Jakarta pada 29 Januari 2013 untuk mengadakan tour di Indonesia yang dikenali sebagai  IndieNation Tour.

Mereka adalah Kumpulan PERTAMA dari Sabah Malaysia Band Boy yang terdiri dari anak Tempatan Sabah yang menyahut cabaran Internasional dari penganjur dari Antarabangsa kendalian Bemmag Megazine Internasional Promotion Indonesia.

Ketika berada di Indonesia Kumpulan Band Boy ini akan bergabung tenaga dengan para pemuzik Antarabangsa yang sama-sama sampai ke Negara itu untuk mengadakan Tour bersama Band masing-masing.

Antaranya daripada Kumpulan Band Dr. Eggs, Band Eropah; Dari Riau Indonesia Kumpulan Band Yuriehana Dumai dan beberapa Band Local Indonesia di setiap daerah dan tempat yang mereka akan kunjungi.

Difahamkan mereka akan bergabung di Jakarta Indonesia pada 29  Januari 2013 dan memulakan Konsert Pertama mereka selama 8 hari di Republik itu termasuk di Tengerang Jakarta bersama Band dari France Dr. Eggs dan Yuriehana Dumai.

Seterusnya kumpulan Band Boy ini akan menuju ke Bogor, Bandung, Samarang, Jogjakarta, Solo, Surabaya, Bali mengadakan konsert bersama band Boy Antarabangsa ini di mana kumpulan Band Boy ini akan bergabung dengan kumpulan band Boy dari Korea, Jepun dan England pada masa akan datang.




BERTOLAK......Mereka mengabadikan kenangan sebelum bertolak ke Jakarta.


Kumpulan Memory of Natache Band Boy anak Tempatan Sabah ini yang kesemuanya berasal dari Semporna juga sudah mendapat jemputan awal untuk mengadakan konsert mereka di Jepun dan Korea pada Mei 2013.

Sahutan dan dan cabaran Antarabangsa Belia Malaysia ini adalah di antara contoh yang perlu kita banggakan dan contohi  bahawa Sabah Boleh, Malaysia Boleh jika ada kemahuan dan kehendak yang serius dari para belia Malaysia, khas dari Sabah ini.

Kami difahamkan mereka mendapat sponsor dari beberapa hamba Allah yang tidak ingin nama mereka didedahkan bagi menyokong Industri muzik negara dan menyokong Belia Negara ini supaya terus boleh mengejar impian mereka   Antarabangsa bagi mengharumkan nama Negara.
M.o.N yang dianggotai oleh G-Had-Bassit, Shah-Drummer, Kahal-Vokalis, Hafiz-Key Boardis akan disertai oleh 3 orang Kru iaitu Online FM, Bro Langau dan Jijie zeman Alimuddin berangkat ke Jakarta Petang kelmarin.

Di samping itu MoN mempunyai beberapa laman sosial yang boleh dikunjungi antaranya :

Blog : http://memoryofnatache.blogspot.com (memoryofnatache)
FB :  http://www.facebook.com/MemoryOfNatache (memoryofnatache)
Twitter : https://twitter.com/memoryofnatache (memoryofnatache)
Android Sorfware : Memory of Natache

Semoga pihak kementerian Belia dan Sukan Sabah dan Malaysia dapat mengambil perhatian bagi menyokong para belia negara ini beraksi di luar negara sebagai Duta Kecil untuk mengharum nama negara.

No comments:

Post a Comment