Monday 14 January 2013

APA 2012 TERBUKTI BERKESAN






KUALA LUMPUR : Perhimpunan yang didalangi pembangkang yang diadakan di sini Sabtu, membuktikan Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA) dapat dilaksanakan dengan baik sekiranya semua pihak bertindak dengan penuh tanggungjawab dan terkawal.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata akta itu menekankan keikhlasan dan kesungguhan kerajaan pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam menyediakan ruang demokratik dan memastikan perhimpunan aman bagi rakyat melaksanakan hak dan kebebasan mereka dengan bertanggungjawab.

"Tambahan pula, Mohd Najib dan BN (Barisan Nasional) yang mengambil langkah konkrit untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan memansuhkan atau membuat kajian terhadap undang-undang terhad yang lain," katanya dalam satu kenyataan di sini, Ahad.

Berdasarkan pengalaman Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 Koh berkata Perdana Menteri berulang kali menekankan keperluan bagi mengadakan perhimpunan aman di stadium dan tempat lain dengan syarat penganjur dan peserta juga perlu menerima syarat-syarat tertentu yang munasabah.

"Nampaknya, beberapa pemimpin pembangkang, ejen provokasi dan penghasut juga telah belajar daripada Bersih 3.0 dengan menyedari bahawa segala perbuatan provokasi di pihak mereka tidak akan terlepas daripada mata awam dan lensa video dan kamera telefon bimbit," katanya menambah bahawa semua pejuang demokrat seharusnya menerima perhimpunan aman sebagai pendekatan positif ke arah demokrasi yang lebih matang.

Kira-kira 45,000 orang terdiri daripada anggota dan penyokong parti pembangkang dan badan bukan kerajaan NGO menghadiri perhimpunan yang diadakan di Stadium Merdeka, Sabtu. (Bernama)

No comments:

Post a Comment