Monday 21 January 2013

YDP PERKASA BUKAN BUMIPUTERA






Oleh: SHAIMON S JUMADI

PERLANTIKAN Narceso P Juanico @ Bonny @ Yusof Abdullah  SEBAGAI Yang DiPertua PERKASA Negeri tidak direstui majoriti ahli kerana terus mendapat bantahan sekeras-kerasnya 90 peratus ahli PERKASA di seluruh daerah Sabah.

Persoalannya, kenapa PERKASA  Kuala Lumpur begitu mudah melantik Bonny ke jawatan penting dalam PERKASA  dengan tidak menyelidik terlebih dahulu  latar belakang seseorang itu.

Mantan  Ketua Wira PERKASA Daerah Beluran, Dzulkiflie Teo (gambar)  berkata  ramai di kalangan ahli-ahli PERKASA tidak bersetuju dengan perlantikan Bonny sebagai YDP PERKASA Negeri kerana beliau bukanlah seorang pempimpin yang baik dan beliau tidak layak menganggotai PERKASA kerana berasal daripada suku Visaya Filipina yang pengenalan dirinya  masih diragui.

“Kami membuat  bantahan  kerana Bonny bukan Bumiputera atau Pribumi walaupun pada dasarnya beliau sudah memeluk Agama Islam tetapi tidak semestinya bertaraf bumiputera atau pribumi,” ujarnya Dzulkifli.

Kata Dzulkilie, masih ramai lagi tokoh yang berkebolehan dan mempunyai kredibiliti mentadbir urus sebuah NGO penting untuk orang Melayu dan Bumiputera yang mempunyai lebi 10,000 ahli.

“Jika Bonny memang berpengaruh dan berkaliber, saya cabar beliau meletakkan jawatan dan pemilihan semula YDP melalui persidangan agung atau proses pengundian,” tegas Dzulkifli.

Menurut Dzulkifli, beliau akan mengetuai ahli-ahli PERKASA untuk menganjurkan satu perhimpunan  secara aman di satu  lokasi yang strategik dalam masa terdekat ini untuk membuat bantahan.

"Kita akan menyerahkan memorandum bantahan perlantikan Bonny sebagai YDP PERKASA kerana kaedah yang tidak konsisten dan tidak mengikut tatacara yang betul,” tegas Dzulkifli.

No comments:

Post a Comment