Saudara Pengarang,
SETELAH membaca artikel yang
bertajuk "Mungkinkah Lelaki Ini Pengundi Hantu?", saya teringat ada
beberapa dokumen yang saya terima dengan tidak sengaja dari pihak imigresen
semasa berurusan dengan mereka.
Saya agak musykil kerana ada
individu-individu yang mencurigakan taraf kewarganegaraan mereka dibenarkan
berlepas ke Kuala Lumpur untuk mengurus taraf kewarganegaraan mereka di Putrajaya,
Kuala Lumpur.
Persoalannya kenapa urusan
mereka tidak diuruskan di Sabah? Apakah Jabatan Imigresen boleh diiktiraf
sebagai 'Menyeludup' Warga Asing keluar dari Sabah untuk menguruskan dokumen?
Sekian,
ANAK JOMO SAMA.
No comments:
Post a Comment