Friday 25 January 2013

'JANJI DITEPATI' PASTI DITUNAIKAN







BANTUAN.....VK Liew menyampaikan bantuan tersebut kepada salah seorang murid SJK (C) Yuk Choi.

Oleh: SHAIMON S JUMADI          Foto : SAFFIE S JUMADI

TIMBALAN Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong  berkata Majlis Penyerahan Khas Awal Persekolahan ini adalah merupakan satu lagi siri 'Janji Ditepati'  yang dilaksanakan oleh Kerajaan dalam usaha meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia ke arah mencapai  kemajuan dan kemakmuran negara.

"Seperti mana yang telah diumumkan dalam Bajet 2012 oleh Perdana Menteri Dato Seri Mohd Naib  Tun Hj Abdul Razak pada September lalu, sebanyak RM540 juta peruntukan telah diluluskan bagi pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada setiap seorang murid dari darjah satu sehingga tingkatan lima  bagi sesi persekolahan tahun 2013 ini,” jelas V.K Liew.

Katanya, lagi bantuan sebegini merupakan satu komitmen kerajaan bagi membantu meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang  ditanggung oleh ibu bapa mahupun menjaga.

Datuk V.K Liew berkata demikian ketika berucap  di dua majlis  berasingan  sempena upacara Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan di SK Sungei Anib 1 dan SJK (C) Yuk Choi yang membabit seramai 1,050 murid kelmarin.



TERIMA KASIH...Salah seorang murid tahun 1 SK Sg Anib 1 menerima bantuan tersebut yang di sampaikan V.K Liew sambil di perhatikan Au dan Awang Sham.

Bantuan Khas Awal Persekolahan ini juga kata V.K Liew, menunjukkan bahawa kerajaan amat memandang berat sektor Pendidikan yang merupakan elemen penting dalam pembangunan di sesebuah negara, terutamanya perkembangan ekonomi dan sosio kehidupan rakyat.

V.K Liew menambah kerajaan  sedar bahawa pendidikan merupakan satu teras penting  bagi melahirkan lebih ramai modal insan  bertaraf dunia dan seterusnya membawa negara Malaysia yang tercinta ini  ke arah  ekonomi berpendapatan tinggi.

Perlu saya tekankan di sini  bahawa kerajaan sebagai peneraju wawasan tidak pernah bosan dan jemu merancang, merangka, serta melaksanakan pelbagai program pembangunan pendidikan demi manfaat dan masa hadapan  generasi muda hari ini.

Turut hadir pada majis tersebut ADUN Elopura Au Kam Wah dan Timbalan Ketua UMNO  Bahagian Sandakan, Datuk  Hj Awang Sham Awang  Amit.

No comments:

Post a Comment