Friday 11 January 2013

LAHAD DATU MEMBANGUN DI BAWAH BN




MAJU.....Lahad Datu memang maju tetapi sekatan budaya menyebabkan Bank Dunia melihat kawasan yang mempunyai POIC sebagai mundur kerana ditawan 'Palau'. Ke mana hilangnya RM500,000 pemberian kerajaan persekutuan untuk meniktaraf kehidupan masyarakat 'Palau' yang menjadi 'Kutu Bandar'?




TAWAU : Daerah Lahad Datu dengan bilangan penduduk kira-kira 300,000 orang kini pesat membangun di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Datu Nasrun Datu Mansur.

Beliau berkata pelbagai projek pembangunan sama ada berbentuk infrastruktur asas, industri, sosial, kebajikan dan pendidikan rancak dibangunkan di daerah itu untuk menggerakkan kegiatan ekonomi dan pembangunan sosial seterusnya membawa kesejahteraan kepada rakyat.

“Kompleks Sukan Lahad Datu bernilai RM12 juta kini dalam pembinaan dan dijangka siap Julai ini. Ia merupakan janji pilihan raya kita. Ini adalah satu perkara yang dibanggakan sebab kita telah menepati janji,” kata Datu Nasrun ketika ditemubual menerusi rancangan “Bersama YB” di Radio Tawaufm di sini hari ini.

Beliau berkata selain itu, kerajaan juga meluluskan peruntukan untuk membina sebuah sekolah menengah agama di daerah ini.

“Saya juga sedang berusaha untuk berbincang dengan kerajaan untuk membina sebuah lagi loji rawatan air baharu di Lahad Datu sebagai tambahan kepada dua loji sedia ada iaitu loji Sepagaya dan Sungai Segama bagi menampung keperluan air yang kian meningkat,” kata Datu Nasrun yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Lahad Datu.

Datu Nasrun berkata projek janakuasa elektrik menggunakan gas berkapasiti 300MW oleh Tenaga Nasional Berhad dan Petronas yang berupaya memenuhi keperluan tenaga untuk kawasan pantai timur Sabah juga sedang dalam pembinaan dan dijangka beroperasi pada 2015. (Bernama)

No comments:

Post a Comment