Monday 14 January 2013

MPS SABOTAJ KERAJAAN 1MALAYSIA?




ROSAK.....Pam rosak tetapi tidak dibaiki dikenalpasti salah satu punca Taman Mesra kering setelah Jabatan Air enggan menghantar air menggunakan lori tangki.


Saudara Pengarang,


SAYA,  Yusof  Bin  Indarah  ingin mengulas kenyataan  yang ditulis oleh Moshin Abdul Ghafar yang bertajuk 'Jangan Bunuh Kebahagiaan Kami' yang tersiar di Sabahkini.Net pada 13 Januari 2013.

Dalam kenyataan Moshin saya amat setuju memang benar apa yang diperkatakan itu. Semuanya masuk akal. Sejak kami tinggal di Taman Mesra, macam-macam karenah dan macam-macam masalah kami hadapi.

Sudahlah bekalan elektrik sering terputus, kini bekalan air pula terputus dan sudah masuk 9 hari, tetapi MPS dan Jabatan Air tidak mempedulikan langsung masalah yang kami hadapi sehingga kami menjadi mangsa keadaan.

Dalam keadaan yang gelisah, kami bimbang sumber air kami iaitu pili bomba akan dipotong juga dan kemungkinan besar akan disaman oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Dalam hal ini, saya tidak salahkan  Jabatan Air, MPS dan Bomba kerana mereka hanya 'khadam' kepada pemimpin UMNO yang menentukan dapur mereka terus berasap dan terpaksa patuh kepada arahan untuk memotong atau menyambung air ke Taman Mesra.

Walaupun Jabatan Air dan MPS telah memaklumkan bahawa kerosakan pam air di Taman Mesra tidak akan dibaik pulih buat masa ini dan hanya akan dibuat sejurus selepas Dewan Undangan Negeri Sabah dibubarkan pada awal Mac ini, adalah tindakan paling kejam dan gila dalam sejarah Malaysia dan merupakan sabotaj terhadap kepimpinan Ketua Menteri Sabah dan Perdana Menteri Malaysia.

Nampaknya, jika Ketua Menteri dan Perdana Menteri tidak mempedulikan nasib kami, apatah lagi pembangkang pun seperti bacul kerana enggan menghulurkan bantuan, siapa lagi yang kami harap?

Salam Hormat,

YUSOF BN  INDARAH
Penduduk Taman Mesra

No comments:

Post a Comment