Monday 14 January 2013

PEROMPAK SIBER DI MESIN ATM!




HATI-HATI... Berhati-hati apabila memasukkan Card dan No. PIN di Mesin ATM (Bank).

DAHULU kita biasa dengar orang merompak Bank dengan memecahkan mesin ATM, tapi sekarang di zaman ICT, perompak bank semakin canggih kerana menggunakan 'perangkap' untuk mendapatkan wang orang ramai dengan menggunakan alat yang direka sendiri, atau yang dibeli dari negara lain.

Alat yang sudah dikenalpasti adalah 'Slot pembaca Card' (Skimming) palsu, dan satu Keypad palsu.

Slot pembaca kad (Skimming) palsu yang direka oleh Penjenayah Siber untuk merakam DATA yang ada pada kad anda dan keypad palsu untuk memerangkap No. PIN yang anda tekan.

Setelah perompak siber dapat membaca DATA Card dan No. PIN anda, mereka boleh menceroboh masuk ke Akaun Bank tanpa memerlukan kad ATM.

Mungkin ramai yang belum tahu kes ini. Oleh itu berhati-hati semasa memasukkan kad dan No. PIN di mesin ATM (Bank). Jika nampak mesin ATM itu pelik, jangan sesekali anda masukkan kad ATM dan No. PIN kerana kes ini banyak berlaku di Indonesia.

No comments:

Post a Comment